Uncategorized

Getaround Jadi Peneraju Perkongsian Kereta Global Dengan Pemerolehan $300 Juta untuk Platform Eropah Drivy

Getaround Jadi Peneraju Perkongsian Kereta Global Dengan Pemerolehan $300 Juta untuk Platform Eropah Drivy 1


– Menggabungkan kekuatan kedua-dua syarikat bagi membentuk syarikat pengangkutan dan mobiliti global yang terkemuka mencakupi Amerika Utara dan Eropah

– Meluaskan kehadiran Getaround ke 170 bandar Eropah

– Mempercepatkan misi Getaround untuk memperkasa orang ramai berkongsi kereta di mana-mana jua

SAN FRANCISCO24 April 2019 /PRNewswire/ — Pelopor perkongsian kereta Getaround hari ini mengumumkan pemerolehan Drivy yang bernilai $300J, platform perkongsian kereta yang terbesar dan paling pantas berkembang di Eropah. Meluaskan wawasan Getaround bagi mewujudkan dunia dengan semua kereta dikongsi, gabungan syarikat tersebut kini mencakupi 300 bandar di A.S. dan Eropah, menambah kehadiran antarabangsa di enam negara Eropah: Perancis, Jerman, Sepanyol, AustriaBelgium dan U.K. Dengan lebih lima juta pengguna antara kedua-dua syarikat, Getaround kini merupakan pasaran perkongsian kereta yang terkemuka di dunia.

Beribu pejabat di Paris, Drivy dengan pantas membina sebuah komuniti dengan dua setengah juta pengguna di seluruh Eropah dengan memegang rekod prestasi yang kukuh dalam pelaksanaan dan inovasi pasaran tempatan. Penggabungan kekuatan Getaround dan Drivy akan dapat mewujudkan tawaran yang belum pernah disediakan sebelum ini untuk penduduk di Eropah untuk menyewa dan memandu segera kereta-kereta hebat yang dikongsi oleh orang-orang berdekatan—kesemuanya sambil mengurangkan beban kewangan pemilikan kereta dengan membolehkan orang ramai memperoleh wang dengan menyenaraikan dan berkongsi kereta mereka apabila mereka tidak menggunakannya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Getaround telah mempelopori pasaran perkongsian kereta terhubung melalui Getaround Connect®, teknologi berpaten yang membolehkan pengguna mencari dan membuka kunci kereta menggunakan telefon pintar mereka, lalu menjadikan perkongsian kereta mudah diaksses kepada lebih ramai orang pada bila-bila masa. Getaround dan Drivy berkongsi wawasan perkongsian kereta terhubung ini, tatkala Drivy turut memperkenalkan fungsi buka kunci telefon pintar serta merta—teknologi terhubung yang dapat mengelakkan kesukaran untuk penyewa dan pemilik yang perlu bertemu untuk mengambil kunci kereta.

“Kami teruja untuk berganding bahu dengan pasukan Drivy tatkala kami semakin menghampiri wawasan kami untuk mewujudkan dunia yang mana semua kereta dihubungkan dan dikongsi,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Getaround Sam Zaid. “Sebagai pasaran perkongsian kereta Eropah yang terkemuka, Drivy telah membina perniagaan yang kukuh menerusi produk, pasukan dan nilai yang amat selari dengan nilai kami di Getaround, mewujudkan penyepaduan semula jadi untuk kakitangan dan pengguna kami. Pengguna di seluruh dunia menerima ciri kemudahan, kefleksibelan dan kebebasan yang ditawarkan oleh perkongsian kereta terhubung. Getaround memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat dengan menyediakan pengalaman perkongsian kereta yang tekal, segera dan selamat di 140 bandar A.S.—dan kini, merentas 170 bandar di Eropah yang mana Drivy telah berkembang.”

“Hasil daripada usaha luar biasa daripada pasukan kami, Drivy telah menjadi platform perkongsian kereta yang terbesar di Eropah,” kata Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Drivy Paulin Dementhon. “Perkongsian kereta akan menggantikan pemilikan kereta dalam pasaran-pasaran bandar yang besar, memenuhi kehendak pengguna terhadap pilihan pengangkutan yang segera dan fleksibel, di samping turut menjadikan bandar-bandar lebih mudah didiami dengan membebaskan mereka daripada kereta-kereta yang terbiar dan mengurangkan kesesakan serta pencemaran semasa proses tersebut dilaksanakan. Teknologi terhubung, pengalaman pengguna yang lancar dan peningkatan kepadatan pengangkutan kereta merupakan kunci kepada evolusi ini, memandangkan ia menjadikannya lebih mudah untuk menggunakan kereta yang dikongsi berbanding kereta anda sendiri. Getaround merupakan rakan kongsi ideal buat kami kerana syarikat-syarikat kami selaras dalam banyak cara sekaligus menjadi pelengkap untuk aspek-aspek penting dalam perniagaan kami, seperti geografi atau pemerolehan pengangkutan. Saya tidak sabar-sabar untuk melihat apa yang dapat dicapai oleh kami bersama-sama.”

Dementhon akan kekal dengan peranan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Eropah, sebagaimana pasukan eksekutif Drivy yang lebih luas, bagi memantau operasi Eropah dan untuk terus meluaskan dan mengembangkan produk dan perkhidmatan utama dalam pasaran yang bertemu pengguna.

Latar Belakang Getaround

Getaround Jadi Peneraju Perkongsian Kereta Global Dengan Pemerolehan $300 Juta untuk Platform Eropah Drivy 2

Getaround memperkasa orang ramai untuk menyewa dan memandu dengan serta merta kereta hebat yang dikongsi oleh orang ramai di bandar mereka. Kereta-kereta boleh disewa mengikut jam, atau hari, dengan insurans dan bantuan tepi jalan sepanjang masa disertakan. Dengan menggunakan aplikasi Getaround, orang ramai tidak perlu beratur dan membuat kertas kerja di kaunter-kaunter kereta sewa biasa dan dapat mengelakkan kerumitan membeli dan menyelenggara sebuah kereta.

Dikuasakan oleh Getaround Connect™, teknologi kereta terhubung berpaten, Getaround mencipta pengalaman perkongsian kereta yang menyeronokkan dan selamat tanpa perlu bertemu dengan pemilik kereta, membawa kad akses atau membuat penyelarasan untuk mengambil kunci kereta. Orang ramai berkongsi segala-galanya daripada Prius kepada Tesla dan boleh memperoleh ribuan dalam pendapatan tambahan setiap tahun, mengimbangi kos pemilikan kereta yang tinggi di samping turut mencetuskan impak positif terhadap alam sekitar.

Satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Kemampanan Pengangkutan University of California mendapati bahawa setiap kereta yang dikongsi, kira-kira 10 buah kereta dikurangkan dari jalan raya. Hasilnya, setiap 1,000 kenderaan yang dikongsi dapat mengurangkan sehingga 50 juta paun karbon dioksida dan ini bermakna komuniti Getaround dapat membantu mengurangkan kereta di jalan raya serta mengurangkan masalah pencemaran.

Beribu pejabat di San Francisco, Getaround mempunyai ribuan kereta yang disediakan di seluruh kawasan metropolitan utama merentas Amerika Syarikat. Pelabur-pelabur dalam Getaround terdiri daripada SoftBank, Menlo Ventures, Braemar Energy Ventures, Asset Plus, Triangle Peak Partners, SPARX Group, Toyota Motor Corporation, Cox Automotive Inc. dan SAIC Capital.

Untuk maklumat lanjut kunjungi Getaround.com.

Latar Belakang Drivy
Ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Paulin Dementhon, Drivy ialah platform perkongsian kereta yang terkemuka di Eropah – dengan 55,000 kereta dikongsi merentas enam negara, sebuah komuniti yang terdiri daripada dua setengah juta pengguna.

Perkongsian kereta semakin menjadi kaedah alternatif yang cekap untuk memiliki kereta. Aplikasi Drivy membolehkan pemandu mencari kereta berhampiran, membukanya dengan telefon pintar dan memandunya. Kos termasuk insurans yang komprehensif sepenuhnya dengan Allianz dan bantuan tepi jalan sepanjang masa daripada ARC Europe. Menerusi kereta yang diperoleh daripada pemilik persendirian dan pengangkutan khusus, Drivy membolehkan pemilik persendirian mengurangkan kos memiliki kenderaan sambil membantu pemilik pengangkutan memaksimumkan pelaburan mereka.

Drivy menyasarkan untuk menyediakan udara segar ke bandar-bandar, dengan menggalakkan pengurangan kereta di jalan raya dan lebih kebebasan untuk bergerak.

Pasukan Drivy melibatkan 130 kakitangan di pejabat-pejabat yang terletak di ParisBerlinBarcelona dan London.

Untuk maklumat lanjut kunjungi Drivy.com.

Sumber: Getaround

Getaround Jadi Peneraju Perkongsian Kereta Global Dengan Pemerolehan $300 Juta untuk Platform Eropah Drivy 3

Komen

komen





Source link