Uncategorized

Google Assistant bakal lenyapkan Siri?



KUALA LUMPUR: Kita sedia maklum bahawa misi Google adalah untuk menjadi perantara kepada perkongsian maklumat dunia. Namun kini, Google mempunyai cita-cita yang lebih besar.

Ia boleh dilihat di acara tahunan Google I/O, yang bermula awal pagi Rabu di ibu pejabat Google di Mountain View, California.

Para pegawai eksekutif Google mempersembahkan visi dan misi mereka untuk masa depan syarikatnya di mana perkhidmatannya berfungsi di mana-mana, untuk semua orang, dan untuk semuanya.

Di dalam acara tahunan itu juga Google memperkenalkan Google Assistant, ciri yang dipertingkatkan.

Ia sekaligus bakal memberikan saingan kepada pesaing utama, ciri arahan suara  ‘Siri’ keluaran Apple Inc.

Kini Google Assistant boleh memberi respon kepada permintaan sehingga 10 kali lebih pantas.

Ia dibuktikan semasa demonstrasi di atas pentas acara itu, Google menunjukkan bagaimana pengguna boleh bertukar-tukar tugas di seluruh aplikasi tanpa perlu berkata “Hey Google” sebagai arahan permintaan.

Anda tidak perlu mengatakan “Hei, Google, Matikan penggera,” sebagai arahan kepada telefon anda untuk berhenti berdering di waktu pagi. Cakap je “Stop” mesti telefon penggera telefon anda terhenti dengan sendiri.

Malah, kali ini Google Assistant memperkenalkan mod memandu. Di dalam mod ini papan pemuka Mod Memandu ini menampilkan cadangan peribadi untuk navigasi, mesej, panggilan dan media.

Dalam mod memandu, anda boleh memberi arahan untuk Google Assistant menavigasi ke sesuatu lokasi dengan hanya memberi arahan kepadanya.

Malah, anda boleh memainkan muzik yang anda gemari serta boleh mengarahkan telefon anda untuk menerima atau tidak menerima panggilan masuk dengan berkata “Yes” dan “No”

Hanya berkata “Hey Google, mari kita memandu” anda dengan segera ditukarkan ke mod memandu.





Source link