Uncategorized

Goreng Atau Gagal sempena Ramadan


SETIAP kali tibanya bulan puasa, selain bazar Ramadan yang sering menjadi tumpuan ramai, golongan wanita serta mereka yang gemar memasak sering mencuba pelbagai resepi baharu.

Namun, dalam keghairahan mencuba resepi baharu, sebilangan besar daripada kita tidak terlepas daripada gagal memperoleh hasil seperti yang diharapkan.

Bertitik tolak pada trend gemar mencuba resepi itu memberi idea kepada minyak masak Alif menerbitkan program siri web 10 episod yang bertajuk ‘Goreng atau Gagal’.

Siri tersebut merupakan hasil idea yang tercetus daripada pengguna minyak masak berkenaan dan diterbitkan atas permintaan pengguna dan netizen.

Goreng atau Gagal‘ adalah sebuah bentuk rakaman percubaan menggoreng bahan-bahan yang dicadangkan oleh pengguna minyak masak itu sendiri .

Antara bahan-bahan yang dicadangkan mereka untuk digoreng ialah durian, dodol, tembikai, lemang dan lain-lain.

Siri ini dihoskan oleh cef selebriti, Nik Michael Imran dan pengacara terkenal, Yasmin Hani ditayangkan setiap Jumaat pada jam 10 pagi di laman Facebook Minyak Masak Alif

Siri tersebut dihoskan oleh chef selebriti, Nik Michael Imran dan Yasmin Hani Richardson dan setiap daripada mereka mempunyai peranan tersendiri.

Nik Michael bertanggungjawab mengolah cara-cara menggoreng bahan-bahan yang terdiri daripada pelbagai tekstur.

Sementara Yasmin pula mengendalikan slot ‘Makmal Goreng’ yang berkongsi petua-petua yang berguna dan mungkin tidak diketahui ramai seperti teknik menggoreng supaya hasil gorengan lebih berkhasiat dan menyelerakan.

Goreng atau Gagal’ mula ditayangkan pada 10 Mei lalu pada setiap Jumaat pukul 10 pagi di laman Facebook Alif.





Source link