Artikel Terkini

GSC Pavilion KL akan ditutup 16 Februari depan



KUALA LUMPUR: Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan menutup cawangan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur bermula 16 Februari depan.

Notis penutupan itu diketahui menerusi sebuah makluman yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan pawagam berkenaan.

Menurut notis berbahasa Inggeris itu, orang ramai masih boleh menonton filem pilihan mereka di GSC berhampiran seperti di MyTown, Cheras, GSC Quill City Mall dan The Garden Mall.

“Kami ingin mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kaki wayang atas sokongan anda ke atas GSC Pavilion sejak ia dibuka (sekitar 12 tahun lalu).

“Nantikan pembukaan GSC di lokasi terbaharu,” jelas makluman berkenaan.
Untuk rekod, GSC Pavilion Kuala Lumpur mula dibuka pada 29 November 2007. Dalam pada itu, terdapat khabar angin yang mendakwa pawagam berkenaan bakal diambil alih oleh syarikat pawagam dari China.

Bagaimanapun, masih tiada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini.





Source link

Related Posts