Uncategorized

Guarana bantu pertumbuhan ekonomi negara – KKSB



KUALA LUMPUR: Penanaman guarana memiliki potensi untuk masa depan selain membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Pengurus Besar Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB), Andrew Ling berkata, ia adalah tanaman kontan alternatif yang menguntungkan selain berpotensi menaikkan ekonomi melalui pertanian baharu.

“Cuma kita perlu mengembling tenaga membantu usaha ini untuk membuktikan kesahihan keuntungan fasa pertama di Johor.

“Dalam masa sama juga, ia dapat membantu petani-petani mendapatkan pendapatan yang lebih berpotensi dan memberi keuntunggan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) KKSB dengan Ritz Guarana Plantation Berhad (RITZ).

MoU itu memberi hak ekslusif kepada KKSB untuk menjadi pengedar tunggal biji benih dan anak pokok di seluruh negeri Johor.

Ia turut menyebut, KKSB membeli sebanyak 12 tan biji benih guarana daripada Ritz dengan kos bernilai RM60 juta sekali gus memberikan hak kepada koperasi untuk menjadi tapak serta pengedar benih semaian pokok guarana.

Guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana berdaun lebar dan bunga yang berjambaknya serta buahnya sebesar biji kopi.

Tanaman Guarana merupakan satu jenis tanaman yang dilindungi oleh Kerajaan Brazil kerana ianya merupakan sumber pendapatan kepada negara tersebut. Tumbuhan itu tidak dibenarkan dibawa keluar sama sekali dari negara itu.

Bagaimanapun, Kerajaan Brazil telah memberikan hak eksklusif kepada RITZ untuk membawa keluar biji benih dan anak benih tanaman Guarana untuk memperkembangkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk-produk yang bakal dihasilkan berasaskan tanaman itu.

Kata Andrew, sebagai sebuah koperasi yang bertanggungjawab, keputusan itu dibuat demi ahli-ahli dan dan rakyat negeri Johor sendiri.

Dalam pada itu jelasnya, MoU itu menyebut RITZ membekal dan menjual baja yang sesuai untuk guarana selain menyediakan khidmat nasihat bagaimana menanam pokok guarana dan cara penjagaan.

“RITZ juga akan membeli semula buah guarana yang telah dituai daripada KKSB dan kos pengangkutan untuk penghantaran dan pengambilan barang tuaian ditanggung sepenuhnya oleh RITZ.

“KKSB pula akan membeli biji benih sebanyak 12 tan daripada RITZ dan KKSB juga dilarang untuk menghasilkan biji benih sendiri tanpa kebenaran RITZ.

“Selain itu, KKSB juga hanya akan menggunakan baja yang sesuai dan dibenarkan oleh RITZ sahaja,” ujarnya.

KKSB ditubuhkan pada 10 April 2015 atas dasar kesepakatan anggota yang terdiri dari peniaga-peniaga seperti kontraktor, industri pengilangan, industri emas dan perak, arrahnu, industri hartanah, industri pertanian dan penternakkan serta dagangan maritim.

Jelas Andrew lagi , pelbagai bisnes diceburi koperasi itu untuk pengukuhan ekonomi.

“Industri guarana menjadi waktu paling tepat kini untuk mencapai tahap keuntungan maksimum.

“Pelbagai penambahbaikan dari segi teknikal dalaman operasi dan pelbagai aspek dibuat untuk berada selain mampu bersaing di pasaran terbuka,” katanya.





Source link

Related Posts