Uncategorized

Gugur syarikat berprestasi rendah antara cara selamatkan Khazanah – Tun M

Gugur syarikat berprestasi rendah antara cara selamatkan Khazanah - Tun M 1



Gugur syarikat berprestasi rendah antara cara selamatkan Khazanah - Tun M 2

MANILA: Menggugurkan anak-anak syarikat berprestasi rendah merupakan salah satu cara bagi memastikan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) memacu kembali momentum perniagaanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara tersebut hanya cadangan dan tiada sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Belum ada perbincangan tapi itu adalah satu daripada caranya untuk memulihkan khazanah.
“Syarikat-syarikat yang tidak termasuk dalam bidang kegiatan Khazanah kadang-kadang mereka melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh pihak lain. Mungkin mereka perlu kaji perkara seperti itu.

“Berkenaan dengan menggugurkan beberapa buah syarikat, itu adalah satu daripada cara mengurangkan kerugian yang dialami oleh Khazanah,” katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya berkenaan reaksi beliau selepas Khazanah mengumumkan kerugian sebelum cukai RM6.3 bilion pada 2018 berbanding untung sebelum cukai RM2.896 bilion tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut mencadangkan supaya Khazanah memberi penjelasan secara terperinci berkenaan kedudukan semasa syarikat induk cabang pelaburan kerajaan itu kepada wakil-wakil rakyat.

“Khazanah perlu membuat penjelasan kepada wakil-wakil rakyat dan juga kepada seluruh negara. Sudah tentu kehilangan (kerugian) ini disebabkan oleh perniaga n terutamanya berkenaan dengan prestasi Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang tidak memuaskan.

“Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipulih. Namun demikian, saya yakin mereka mempunyai perancangan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh syarikat-syarikat mereka yang berprestasi rendah yang mungkin juga akan gugurkan beberapa syarikat,” jelasnya.

Pada Selasa, syarikat itu mengumumkan kerugian pertama dalam tempoh 10 tahun.

Keuntungan terjejas disebabkan penghapusan pelaburan yang sedikit, pengurangan pendapatan dividen dan rosot nilai yang tinggi.

Rosot nilai direkodkan pada RM7.3 bilion pada 2018, meningkat RM5 bilion berbanding 2017.





Source link

Related Posts