Artikel Terkini

Hadam Ini Kalau Anda Rasa Tidak Suka Duduk Rumah


Perintah kawalan pergerakan ini bukanlah untuk saja-saja kita berehat dan bersantai, ada sebabnya perkara ini terjadi, Jadi pembaca IMPIANA yang disayangi dan dilindungi saya berharap anda semua patuh dengan arahan kerajaan ini. Dengan kerjasama yang diberi oleh pihak anda semua pastinya rantaian Covid19 ini dapat diputuskan dengan segera.

Pandemik adalah wabak besar ialah epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas; tidak sahaja merangkumi sesebuah benua, malah boleh merebak seluruh dunia. Penyakit endemik meluas yang stabil dari segi berapa ramai orang jatuh sakit akibatnya bukanlah satu pandemik. Tambahan lagi, pandemik selesema tidak termasuk selesema bermusim.

Terdapat sejumlah pandemik yang pernah melanda umat manusia sepanjang sejarah zaman disebabkan penyakit berjangkit besar seperti cacar dan penyakit batuk kering, malah ada yang mengesan dampak sehingga hari ini, misalnya pandemik HIV tahun 1980-an serta Pandemik koronavirus 2019-20.

IMPIANA tidak berhenti untuk bersama anda kongsikan tip menarik dan apa yang anda boleh lakukan sewaktyu perintah kawalan pergerakan ini. Amalakan hidup sihat dirumah dengan mengamalkan memakan makanan sihat seperti dia dalam artikel ini https://www.impiana.my/sumber-makanan-semulajadi-bantu-tingkatkan-imun-badan-untuk-cegah-virus-covid-19/.

IMPIANA juga ada kongsikan bagaimana cara dan tip bagaimana selepas anda semua keluar pergi membeli barang keperluan saat kritikal ini. Baca kembali artikel ini https://www.impiana.my/peringatan-langkah-selepas-pulang-dari-beli-barang/

Tanda-tanda dan gejala Koronaviurus

PAKAR-PAKAR menyifatkan kehilangan selera makan dan deria bau menjadi antara gejala penyakit wabak koronavirus (Covid-19) bagi pesakit yang tidak mempunyai simptom demam atau batuk.

Persatuan Otorinolaringologi British mengatakan bahawa ia tanda-tanda baharu yang mungkin dipamerkan pesakit asimtomatik (orang yang tidak mempunyai demam atau batuk).

Mereka yang memiliki gejala ini juga perlu mengasingkan diri untuk mengurangkan penyebaran virus tersebut.

Pesakit berkemungkinan akan melalui proses sebagaimana berikut:

Hari pertama

Pesakit mengalami demam dan keletihan, sakit otot dan batuk kering.

Sebahagian kecil mereka turut mengalami cirit-birit atau mual satu hingga dua hari.

Hari kelima

Pesakit yang lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan berkemungkinan akan mengalami kesukaran untuk bernafas (dyspnea).

Gejala ini akan berlaku selepas dua hingga 14 hari selepas mengalami simptom demam, batuk dan sesak nafas.

Hari ketujuh

Pada masa ini pesakit yang menunjukkan tanda-tanda keletihan akibat dyspnea perlu dimasukkan ke hospital dan mendapatkan perhatian perubatan sekiranya keadaannya berterusan sehingga menyebabkan bibir atau wajah mereka kebiruan.

Hari kelapan

Pesakit yang mengalami kes-kes yang teruk akan menunjukkan tanda-tanda sindrom kesukaran pernafasan akut (ARDS) pada masa ini, di mana paru-paru tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organ penting badan.

Hari kesepuluh

Pesakit akan mengalami masalah pernafasan yang lebih teruk dan perlu dimasukkan ke unit penjagaan rapi.

Hari kedua belas

Pada tahap ini demam akan mula berkurangan, bagaimanapun pesakit akan mengalami batuk yang lebih lama.

*Analisis yang dilakukan Public Health England berdasarkan kes yang berlaku di Hospital Jinyintan dan Hospital Pulmonari Wuhan selepas 29 Disember dan 31 Januari.

 



Source link