Uncategorized

Haier Perkenal Inovasi Terkini 2019 Perkaya Kapasiti Internet Pelbagai Pakaian


Bermula dengan Cucian Pintar kepada Masa Depan Penjagaan Pakaian dan Fabrik, Haier Terus Mara ke Hadapan

WUHAN, China, 24 Jun 2019 /PR Newswire/ — Haier (600690:Shanghai) memperkenalkan produk-produk baharu semasa Upacara Pelancaran Strategi Industri Cucian dan Penjagaan Fabrik 2019 Haier yang diadakan hari ini di Wuhan China.

Adakah anda bersedia untuk Internet Pelbagai Pakaian (Internet of Clothing), masa depan apabila pakaian anda berinteraksi dengan perkakas anda? Apabila anda tidak perlu lagi bimbang dengan pengecutan baju panas kegemaran anda atau perlu melakukan kerja-kerja remeh pada label-label kecil? Mahupun menggosok pakaian! Maka, bersiap sedialah kerana masa depan berkenaan telahpun tiba. Haier, pengeluar peralatan rumah No.1 di dunia, memperkenalkan produk-produk terkininya yang bersedia untuk dunia yang mana pakaian kita terhubung kepada rangkaian.

Rangkaian produk “terhubung” terkini yang bersedia untuk era IoC termasuk:

  • Mesin basuh “Qianhe”: Mesin cucian-udara ultra-sonik – 601 mm – pertama di dunia yang menukar air kepada zarah-zarah mikron yang dapat menembusi fabrik pakaian untuk meratakan kedutan, lalu membolehkan pengguna menikmati pengalaman cucian tanpa-perlu-menggosok.
  • Mesin basuh “Yiren”: Mesin basuh tanpa-dram-luar yang pertama di dunia menambah satu lagi ciri kekaguman kepada acara tersebut. Reka bentuk untuk menyingkirkan dram luar dan membiarkan dram dalam kedap-air telah dapat menyelesaikan masalah yang mengganggu iaitu “dram kotor” dalam mesin basuh biasa, menyingkirkan kemungkinan kotoran terperangkap yang menyebabkan kontaminasi kepada pakaian yang baru dicuci.
  • Mesin gabungan cucian + penjagaan Casarte, direka untuk item-item mewah, menawarkan penyelesaian empat-dalam-satu untuk cucian-udara, cucian-air dan pengeringan pam haba untuk muatan 7-10kg. Bertujuan untuk menyediakan khidmat cucian yang proaktif, sensor terbina dalam mesin gabungan cucian + penjagaan Casarte mengaktifkan peranti apabila didekati oleh pengguna dan menetapkan prosedur secara automatik sepanjang cucian dan pengeringan mengikut jenis bahan pakaian yang dikenal pasti oleh mesin.
  • Mesin basuh Leader 2 didatangkan dengan pembantu dobi maya sokongan AI yang berupaya memberi cadangan tentang penjagaan fabrik serta tetapan dobi. Selain itu, ia kekal beroperasi tanpa akses kepada Internet, lalu menjadikannya terminal yang bebas dan pintar. Dengan tahap antikulapuk terbaik dan teknologi cucian pancuran-3D, ia dapat mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria daripada mencapai cucian yang amat bersih.
  • U+ App: Aplikasi mudah alih yang dibangunkan untuk mesin basuh, pengguna dapat mengakses maklumat tentang kualiti air dan suhu air di kawasan berkenaan. Bahan dan jenama pakaian boleh dikenal pasti oleh mesin, menyesuaikan penyelesaian cucian untuk pengguna berdasarkan ketumpatan dan jenama cecair pencuci.

Mengulas tentang pelancaran produk-produk baharu oleh individu yang bertanggungjawab terhadap BU berkata, “Kami mengambil senario kehidupan sebenar sebagai sumber utama inovasi bagi meningkatkan pencapaian Haier dalam industri. Bermula dengan mencipta mesin basuh bertaraf dunia kepada membina suatu ekosistem penyelesaian ‘cucian pintar’, sumbangan syarikat terhadap gaya hidup yang kemas dan bersih telah mempelopori pencapaian baharu dalam industri.”

Perkakas Terhubung untuk Masa Depan Interaksi Pintar

Kehidupan dalam era IoC: Semasa berlangsungnya acara, Haier memberi pandangan tentang bagaimana masa depan boleh direalisasikan menggunakan perkakas bersepadu dalam seluruh rumah. Mendemonstrasikan konsep “Smart Balcony”, Haier mempamerkan bagaimana peranti berkomunikasi sebagai mesin basuh bebas dan rak pengering berinteraksi secara automatik untuk melengkapkan kitaran cucian dan pengeringan.

Pencucian dan penjagaan kasut merupakan satu lagi bidang belum diterokai yang sedang ditinjau oleh syarikat ini. Haier membawakan penyelesaian “Smart Entryway” dengan mesin memadankan prosedur cucian dan penjagaan tersuai kepada jenis dan gaya kasut yang berbeza.

“Kami telah meluaskan tumpuan mesin basuh Haier daripada fungsiannya kepada platform pengurusan yang memantau seluruh kitaran hayat pakaian. Dengan menyusun sumber pelbagai aspek tentang jenama pakaian dan juga produk cucian, produk-produk kami dapat menyediakan pengguna dengan penyelesaian menyeluruh untuk pencucian, perlindungan, penyimpanan, pemadanan pakaian dan pembelian,” kata individu bertanggungjawab yang berkaitan.

Di bawah strategi penyetempatan “tiga dalam satu” – menggabungkan reka bentuk, pembuatan dan jualan – Haier terus membawakan peranti cucian pintar yang inovatif kepada pengguna, membina asas yang kukuh untuk ekosistem kediaman pintar dan portfolio jenama yang terkemuka di dunia.

Latar Belakang Haier

Haier Home Appliance ialah jenama peralatan rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Pada masa kini, Haier Home Appliance beralih daripada pengeluar tradisional menjadi platform keusahawanan terbuka apabila ia membina ekosistem kediaman pintar yang benar-benar bersifat global. Bagi menjayakannya, Haier terus meningkatkan nilai pengguna pada produk dan perkhidmatannya, memberikan pengalaman kediaman pintar saling terhubung kepada pelanggan di merata tempat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en/

Sumber: Haier Home Appliances

Saham Berkaitan: Shanghai:600690

Komen

komen





Source link