Artikel Terkini

Hanya Ambil Masa 2 Minggu Tanam Kunyit Sebelum Boleh Diguna, Ikut Panduan Mudah Ini


Daripada kita terus menerus membeli di kedai, apa kata kita cuba tanam sendiri kunyit di rumah. Kan lebih jimat! Disamping itu, dapat juga keluar berkebun dan sihatkan tubuh badan..

Dalam perkongsian dari Shariful Fadzli ini, beliau ada menunjukkan cara mudah membiak kunyit. Lebih menarik, kunyit boleh digunakan seawal 2 minggu selepas ditanam! Jom lihat bagaimana.

Hanya 2 Minggu Dah Dapat Hasilnya

Dalam 2 minggu lebih, inilah hasilnya.
Jom cikgu Sho ajar macam mana nak tanam kunyit. Tengok gambar seterusnya.


Orang perempuan, suruh suami/anak/adik beradik korang tanam kunyit ni ha. Bukan susah dan lama pun nak tunggu macam durian kan.

Orang lelaki, korang tanam jelah. Senang je nak buat. For sure boleh menggembirakan hati ibu atau isteri korang. Paling tidak, dapat gembirakan hati sendiri pun jadilah!

Sebelum tu, selain buat rendang, daun kunyi ni nak buat apa? Haa, banyak boleh guna dalam masakan. Saya pun tak reti sangat, minta tolong chef tetap kat dalam rumah ni je decide.

LANGKAH 1 : sediakan KUNYIT HIDUP. Jangan korang guna kunyit Adabi ka, Faiza ke! Sampai kiamat tak tumbuh! Time beli cakap KUNYIT HIDUP ok.

Rujuk gambar untuk step tanam kunyit. Pada setiap gambar ada diskripsi. Baca ye.

 Ni rupa kunyit hidup. Belilah banyak mana korang nak tanam.
Beli sikit sikit dah la, jangan buat panic buying pula!

LANGKAH 2 : Cari tempat teduh sikit. Gali lubang. Jangan dalam sangat.

LANGKAH 3 : Tengok, kunyit tu berdiri tegak. Saja nak tunjuk kedalaman lubang tu.
Kesian dia nampak macam sunyi kan? Nasib baik beli kunyit 2 ketul. Boleh lah buat teman. 

LANGKAH 4 :Pastu korang masukkan kunyit dalam lubang tu, susun lah macam mana pun. Ikut kreativiti. Hehe.

LANGKAH 5 : Kambus. Tanam dan kebumikan dia. 😂 Lepas tu jurus air tau.

Korang siram lah air. Paling kurang 2x sehari. Kalau ada baja, guna baja sikit. Jangan kerap sangat letak baja terutama baja ketul tu. selalunya dia akn ganggu pH tanah. Rosak nanti.

Baja apa nak guna,paling takde baja, korang guna jelah sisa-sisa makanan, air basuh beras pun layan.Kena jaga betul betul. Sipit babi suka makan. Tengok dia dah makan sikit daun kunyit cikgu sho

SELAMAT MENCUBA!



Source link