Uncategorized

Hanya enam saat, pengamal Wing Chun tumbang di tangan petarung MMA

Hanya enam saat, pengamal Wing Chun tumbang di tangan petarung MMA 1



Hanya enam saat, pengamal Wing Chun tumbang di tangan petarung MMA 2

BARU-BARU ini tular sebuah video yang memaparkan seorang pengamal seni bela diri Wing Chun berlawan dengan seorang petarung seni bela diri campuran (MMA).

Memetik laporan South China Morning Post, lelaki berkenaan sebelum itu telah membuat cabaran terbuka di media sosial kepada sesiapa yang ingin menentangnya.

“Adakah anda ingin berlawan dengan saya?” katanya sambil berdiri persis seorang ‘sifu’ kung fu.

Difahamkan, lelaki yang berasal dari Chengdu itu hanya mahu menguji kemahirannya berlawan serta mewakili seni Wing Chun.

Cabaran itu akhirnya disahut oleh seorang petarung MMA profesional China yang dikenali sebagai Li Jinhong.

Kedua-dua petarung itu kemudiannya bertarung dalam sangkar sebuah gim di Chengdu, dan dalam hanya enam saat, petarung Wing Chun itu tumbang di tangan jaguh MMA tersebut.

Dipercayai video tersebut telah dirakam pada Disember tahun lepas.

Ini bukanlah kali perkara seumpama ini berlaku di China.

Pada tahun 2017 lalu, seorang guru Tai Chi, Ma Baoguo juga telah ditewaskan oleh seorang petarung MMA dalam hanya 20 saat.

Petarungan tersebut yang dirakam, turut menjadi tular di media sosial seluruh dunia.





Source link