Uncategorized

Harga minyak mentah melonjak | Astro Awani

Harga minyak mentah melonjak | Astro Awani 1



Harga minyak mentah melonjak | Astro Awani 2

HARGA minyak mentah dunia melonjak ke paras lima bulan tertinggi pada dagangan Selasa dipacu data ekonomi China yang kukuh sekaligus memberi bayangan permintaan bermungkinan meningkat.

Selain itu kemungkinan sekatan tambahan ke atas Iran oleh Amerika Syarikat dan bekalan yang terganggu dari Venezuela dijangka mengurangkan lebihan bekalan dalam pasaran.

Harga minyak mentah pasaran Brent meningkat 15 sen kepada AS$69.16 setong, tertinggi sejak November 2018.

Data ekonomi dari Amerika Syarikat dan China turut menunjukkan pengukuhan sekaligus menyokong harga emas hitam itu.

Indeks pembuatan China kembali merekodkan pertumbuhan buat kali pertama dalam tempoh empat bulan.

Dari segi bekalan pula, Amerika Syarikat dijangka mengumumkan sekatan terbaharu terhadap Iran terutama segmen ekonomi yang belum disekat sebelum ini.

Ia dijangka mengurangkan bekalan minyak dari Iran sekaligus mengawal kembali lebihan bekalan dalam pasaran dan menyaksikan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Venezuela pula mengantung operasi terminal eksport Jose susulan kekurangan sumber tenaga elektrik.

Venezuela merupakan ahli negara Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).





Source link

Related Posts