Artikel Terkini

Harga RON95, RON97 turun 6 sen, diesel turun 7 sen



KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 turun sebanyak 6 sen bagi tempoh 28 Mac hingga 3 April ini.

Menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan pada Jumaat, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.44 seliter diturunkan kepada RM1.38 seliter sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.68 seliter yang mana sebelum ini RM1.74 seliter.

Kementerian itu juga mengumumkan penurunan harga runcit diesel yang turun sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.68 seliter.

Menurut kementerian berkenaan, penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

Di samping itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.





Source link

Related Posts