Artikel Terkini

Harga RON95 turun 7 sen, RON97 dan diesel turun 9 sen



KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 turun 7 sen manakala RON97 turun 9 sen dan diesel juga turun 9 sen berkuat kuasa 14 hingga 20 Mac ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 ialah RM1.82 seliter bagi tempoh berkenaan.

Harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing pula ialah RM2.10 dan RM1.87 seliter.

Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).





Source link

Related Posts