Uncategorized

Hari Amal Allianz Menggalakkan Sifat Dermawan Dalam Kalangan Ejen


Kuala Lumpur, 31 Mei 2019 –
Lebih daripada 2,500 ejen di seluruh
negara menyertai acara tahunan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz
Life) iaitu Hari Amal Allianz 2019 pada 25 Mei 2019.

Sebagai sebahagian dari acara
tersebut. ejen-ejen daripada lebih 100 buah agensi telah mengambil bahagian
dalam acara ini dengan menganjurkan beberapa kegiatan amal di seluruh negara secara
serentak pada hari yang sama. Di samping mengadakan kempen derma darah, lawatan
ke rumah anak yatim, dan rumah orang tua serta berbuka puasa di rumah amal dan
pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai, tahun ini menampilkan beberapa
acara yang unik.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life,
Joseph Gross menyertai ejen dari Kumpulan EAGLE untuk Aktiviti Pemotongan Kasut
di SOLEHOPE, sebuah organisasi bukan kerajaan yang menjahit seluar jeans lama
menjadi kasut untuk kanak-kanak di negara dunia ketiga manakala agensi FOCUS
memberikan sumbangan dan menjadi sukarelawan di Tapak Pemeliharaan Gajah, Kuala
Gandah di Lanchang, Pahang. Sementara itu, di Kuala Lumpur, agensi CSK membawa 40
orang anak yatim mendaki di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
manakala ahli agensi V di Johor Bahru menganjurkan makan tengahari amal di
Kampung Putuo, sebuah tempat suci agama Buddha.

“Hari Amal Allianz telah menjadi antara agenda utama dalam kalendar tahunan kami. Matlamat kami, seperti biasa adalah untuk menjangkau keadaan mereka yang kurang bernasib baik. Kami sangat berterima kasih kerana mendapat sokongan dan komitmen daripada ejen kami yang menghasilkan idea-idea yang hebat setiap tahun  untuk menganjurkan aktiviti amal untuk masyarakat. Kami berharap melalui aktiviti-aktiviti amal yang kecil dan bermakna di seluruh Negara ini, kami akan menyebarkan kebaikan, kasih sayang, empati dan kegembiraan kepada mereka yang memerlukan. “kata Ong Pin Hean, Ketua Pegawai Jualan Allianz Life.

“Kerja-kerja kebaikan tidak
seharusnya terhad kepada kerja amal sahaja. Kami berharap bahawa acara seperti
ini dapat memberi inspirasi kepada semua orang di luar sana untuk menjadi lebih
murah hati dengan masa, usaha dan kasih sayang mereka kepada yang paling
memerlukannya, “tambah Pin Hean.

Ejen ACP dan CASB di Ipoh dan ejen
MM2 di Bukit Mertajam melawat rumah anak yatim dan memberi sumbangan di negeri
masing-masing manakala ejen DOLLARZ di Pulau Pinang melawat rumah kanak-kanak
khas dan mengadakan sesi pertemuan dengan mereka. Sementara itu, di Melaka, agen
AP dan LSC melawat Persatuan Lampu Little Lamb (Pertubuhan Pelita Anak Doba)
manakala ejen NEXUS dari Kota Kinabalu mengadakan derma darah di Centre Point
Shopping Mall dan ejen ADF di Kuching membawa sebuah kelas kanak-kanak khas menonton
wayang di GSC CityONE Megamall.

Hari Amal Allianz telah dianjurkan setiap
tahun sejak 2014 dan menggalakkan dan memberikan seluruh pasukan agensi Allianz
Life peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Ejen mengabdikan satu hari
untuk menjalankan pelbagai kegiatan kebajikan yang melibatkan kanak-kanak, anak
yatim, orang tua dan memperjuangkan isu-isu sosial yang lain.

Mengenai
Allianz di Malaysia

Syarikat pemegang pelaburan, Allianz Malaysia Berhad,
subsidiari Allianz SE, mempunyai dua subsidiari insurans – Allianz General
Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Allianz Life
Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life).

Allianz General adalah salah satu syarikat insurans am
di Malaysia dan mempunyai spektrum yang meluas bagi perkhidmatan dalam talian
peribadi; perniagaan perusahaan sederhana dan kecil (SME) dan industri yang
berisiko besar. Premium Bertulis Kasar (GWP) untuk perniagaan insurans am pada
tahun kewangan 2018 telah mencapai RM2.12 bilion.

Allianz Life menawarkan insurans hayat dan kesihatan dan produk-produk berkaitan pelaburan dan bagi tahun kewangan 2018, Allianz Life mencatatkan Premium Bertulis Kasar (GWP ) sebanyak RM2.38 bilion dan merupakan salah satu daripada penanggung insurans hayat yang paling pesat berkembang di Malaysia.  

Allianz Malaysia mempunyai 33 cawangan di seluruh
negara.

Pada
tahun 2018, Allianz Malaysia telah dianugerahkan Pengurusan Hubungan Pelanggan
untuk Pusat Panggilan Terbaik (Perak) dan Anugerah Penggunaan Inovatif Terbaik
(Merit), iklan Allianz Road Rangers: 24 Hours Call Centre oleh Allianz General
juga telah memenangi Iklan Terbaik dalam Perkhidmatan dan Institusi Kewangan di
Anugerah YouTube Malaysia 2018. Pada
tahun 2017, Allianz Malaysia Berhad telah dianugerahkan Inisiatif Tanggungjawab
Korporat Terbaik (permodalan pemasaran bawah RM10 bilion) pada Anugerah Kelab
Bilion Ringgit The Edge (The Edge Billion Ringgit Club Awards) 2017, manakala
Allianz General tekah diperakui sebagai Syarikat Takaful Motor Terbaik dan
Syarikat Insurans Motor Terbaik pada 2016 oleh iBanding.com.

Untuk maklumat lanjut mengenai
Allianz Malaysia,layari allianz.com.my  

Facebook: facebook.com/AllianzMalaysia/ | Instagram: instagram.com/allianzmalaysia/

Komen

komen





Source link