Uncategorized

Hati-Hati Dengan 8 Aktiviti Kewangan Yang Tidak Sah Ini


Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan aktiviti kewangan yang tidak sah, yang telah berkembang secara meluas di negara kita. Bukan sahaja aktiviti scam yang menyamar sebagai Bank Negara, tetapi scammer turut menggunakan nama bank dan syarikat terkemuka untuk memerangkap mangsa.

Scammer seringkali menggunakan laman sesawang yang tidak mendapat kelulusan dan kebenaran di bawah undang-undang BNM serta tidak patuh peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, kita harus berwaspada dan berhati-hati dengan aktiviti kewangan yang mencurigakan dan tidak sah daripada mana-mana pihak.

8 Ciri-Ciri Aktiviti Kewangan Yang Tidak Sah Atau Scam

Kita harus peka dan tahu ciri-ciri aktiviti kewangan yang tidak sah. Terdapat banyak ciri-ciri aktiviti kewangan yang tak sah atau scammer seperti berikut:

1. Skim menjanjikan pulangan, keuntungan atau kadar faedah yang tinggi, lebih daripada yang selalu ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen.

2. Menjanjikan pulangan yang tinggi untuk menarik minat ramai orang untuk menyertai aktiviti dan skim tidak sah ini, dan kita ditawarkan wang sekiranya mengajak kenalan kita untuk join sekali,

3. Pelabur tidak diberi salinan dokumen termasuk dokumen perjanjian atau prosedur skim tersebut.

4. Mereka berhubung melalui internet, telefon, surat atau bersemuka dengan, anda tetapi niat tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada anda. Selalunya mereka akan mencari mangsa yang tidak mempunyai syak wasangka dan mudah terpedaya,

5. Tiada jaminan mereka akan memberikan pulangan yang tinggi, sekalipun mereka memberi jaminan, ia hanyalah janji manis semata-mata.

6. Ada yang menggunakan wang daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan tinggi kepada pendeposit lama, tetapi ia tidak akan kekal lama.

7. Pengendali tidak melaburkan duit oleh pendeposit, kerana mereka tidak boleh pun mengumpul wang daripada orang ramai.

8. Adapun membuat bayaran kepada mereka yang join, skim ini akan gagal akhirnya kerana tidak menerima deposit baru (mangsa baru) secara berterusan untuk membiayai mereka yang dah join dari awal. Akhirnya pelabur akan kehilangan wang begitu sahaja.

Senarai Aktiviti
Kewangan Yang Tidak Sah

Bank Negara Malaysia ada menyediakan maklumat syarikat yang tidak sah dan senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.  Ia turut disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang telah diterima oleh BNM. Boleh lihat senarai aktiviti kewangan yang tidak sah di sini.

Kita diingatkan agar tidak berurusan dan membuat sebarang deposit dengan mereka yang tidak sah ini.  Kita juga boleh membuat rujukan dan panduan mengenai tindakan penguatkuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terhadap mereka di SC Investor Alerts dan Tindakan Penguatkuasaan SC.

Perkhidmatan Kewangan Di Malaysia Yang
Dipercayai

BNM telah meluluskan dan memberi lesen kepada perniagaan perkhidmatan wang seperti wang berlesen mengikut undang-undang dan peraturan yang diberikan mereka bagi menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia. Bagi melihat senarai penyedia perkhidmatan kewangan yang sah boleh rujuk Senarai institusi kewangan berlesen.

Berwaspada Dengan Aktiviti Kewangan Yang Tidak Sah

Bukan sahaja ditipu, tetapi kita mungkin akan didakwa di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan menjalankan urus niaga transaksi kewangan yang tidak sah bersama scammer. Perlindungan pengguna di bawah undang-undang BNM tidak berkuat kuasa dan tidak terpakai sekiranya kita memilih untuk berurusan dengan pengendali perkhidmatan kewangan yang tidak sah.

BNM juga menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti atau entiti kewangan yang tidak sah dan mencurigakan kepada mereka dengan menghubungi BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Bank Negara Malaysia) di talian 1-300-88-5465 atau emel terus ke bnmtelelink@bnm.gov.my.

Akhir kata, berhati-hatilah dengan semua pihak kewangan yang approach kita untuk melabur ke dalam sesuatu syarikat dan aktiviti. Buat semakan pada senarai syarikat kewangan yang mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia dahulu.

Kalau tak, mungkin kita akan menjadi sebahagian daripada statistik dengan Kerugian Dianggar RM3.8 bilion. PDRM Dedahkan 30 Syarikat Tawar Skim Tidak Sah.

Sumber Rujukan: Bank Negara Malaysia

Komen

komen





Source link