Uncategorized

Hibah Sebelum Hiba: Ketahui Perbezaan Di Antara Hibah, Wasiat dan Faraid

Hibah Sebelum Hiba: Ketahui Perbezaan Di Antara Hibah, Wasiat dan Faraid 1


Sejak kebelakangan ini, perkataan hibah semakin popular di kalangan masyarakat kita. Alhamdulillah, semakin ramai ejen Takaful yang mempromosikan produk hibah kepada orang ramai.

Tapi apakah maksud hibah? Apa pula wasiat dan faraid ni?

Hibah Adalah Hadiah

Hibah adalah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.

Kepentingan hibah dalam masyarakat Melayu Islam, adalah sama pentingnya seperti keperluan kita makan nasi setiap hari. Banyak kes berlaku di mana setelah kematian seseorang, harta pusaka tidak dituntut, aset dibekukan, malah banyak keadaan yang tidak diingini berlaku sehingga mencetuskan konflik perebutan waris yang ditinggalkan.

Wasiat Pula Setelah Meninggal Dunia

Wasiat pula merupakan perjanjian semasa pemberi masih hidup, namun pemberian itu hanya diterima setelah pemberi meninggal dunia. Sebagai contoh, Haji Abu mahu memberi wang sebanyak RM10,000 setelah dia meninggal dunia kepada golongan anak yatim. Maka, pemberian itu adalah wasiat.

Namun jika pemberian itu diberikan semasa pemberi masih hidup, itu adalah hibah. Sebagai contoh, Haji Ali mahu memberi wang sebanyak RM50,000 sekiranya dia sakit atau meninggal dunia kepada golongan fakir miskin. Maka, pemberian itu adalah hibah.

Hibah boleh berbentuk wasiat. Tapi tidak semua wasiat boleh menjadi hibah.

Jemput baca 9 Sebab Kenapa Kita Digalakkan Menulis Wasiat.

Faraid Ikut Perundangan Islam

Faraid pula adalah ketetapan hukum pembahagian harta mengikut syarak.

Sebagai contoh, sekiranya Haji Din tidak melakukan sebarang perjanjian bertulis semasa beliau hidup, maka hartanya akan diagihkan mengikut hukum faraid setelah beliau meninggal dunia. Harta seseorang yang meninggal dunia dinamakan sebagai harta pusaka.

Harta pusaka akan diberikan kepada waris yang layak mengikut hukum faraid. Masalah akan timbul jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pembahagian harta pusaka yang telah ditetapkan.

Kalau nak tahu, ada 8 Sebab Harta Pusaka Jadi Rumit. Disebabkan inilah sebanyak RM60 bilion harta orang mati dibeku.

Hibah Melalui Takaful

Hibah ada beberapa jenis. Salah satu hibah untuk waris yang ditinggalkan adalah melalui Takaful. Takaful bermaksud saling menjamin, ianya berasal daripada perkataan Arab – Kafala.

Konsep Takaful bertujuan menggalakkan tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Takaful ini seolah-olah macam usaha kita untuk menyediakan payung sebelum hujan. Kita perlu mengambil langkah persediaan yang secukupnya bagi menempuh sebarang perkara tidak diingini.

Malangnya, orang kita mengambil sikap sambil lewa berkenaan dengan Takaful ni. Percaya atau tidak, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Di antara alasan yang diberikan adalah tak mampu dan nanti dulu. Sedih kan?

Hibah Sebelum Hiba: Ketahui Perbezaan Di Antara Hibah, Wasiat dan Faraid 2

Hibah Sebelum Hiba: Ketahui Perbezaan Di Antara Hibah, Wasiat dan Faraid 3

Komen

komen





Source link