Artikel Terkini

Hikmah Kerusi Patah, Boleh “Makeover” Jadi Sofa Cleopatra


Tahun ini tahun yang cukup lain dari tahun-tahun sebelum ini. Berpuasa dalam keadaan seadanya, syukur masih ada peluang untuk menikmati puasa tahun ini bersama keluarga di rumah. Tak lama lagi Raya bakal menjelma, kalau dulu sibuk nak hias rumah dengan ganti perabot, langsir dan hiasan rumah, tahun ini lain caranya.

IMPIANA kongsikan kisah Puan Mastura Mohd Yusoff yang bijak menggunakan bahan terpakai sehingga terhasilnya barang baru. Hobinya yang suka DIY dan Makeover barang-barang lama dan terpakai menjadi perhatian Impiana kali ini.

Bagi Puan Mastura, dua biji kerusi makan patah yang telah dibuang oleh pemilik asal menjadi rezeki buat dirinya. Minda kreatif dan kerajinan Puan Mastura berjaya mengubah suai kerusi patah yang dianggap sampah tadi menjadi sebiji sofa Cleopatra.


Assalamualaikum salam sejahtera sahabat semua. Sekali lagi jumpa dua biji kerusi meja makan yang orang buang. Saya kutip dan jadikan sofa kayu ni. Cuma beli kain, spray clear dan span je. span tu, saya guna span tebal 8mm dan lapis kan 4 keping.


Di sini saya ada tunjuk kan step by step cara untuk membuatnya ya. Siapa-siapa yang ada kerusi meja makan yang dah tak elok tu, jangan ia dibuang. Boleh la buat sofa kayu ini.

1. Bersihkan kerusi dan buang alas tempat duduk kemudian potong kaki kerusi di bahagian hadapan seperti dalam gambar

2. Sambung kedua-dua biji kerusi dengan menggunakan kayu yang mempunyai lebar hampir sama dengan bingkai kerusi. Pakukan

3. Potong separuh bahagian penyandar. Pastikan ketinggian tempat potong tu sama. Kalau tak nak potong pun tak jadi masalah. Tapi sisi kerusi ini akan jadi lebih tinggi.

Anda mungkin nak lihat video ini juga #syukurbersama

 

4. Dah potong penyandar, kemas dan bentuk kan semula bahagian tersebut supaya lebih cantik dan menarik. Saya ambil dari bahagian bertanda ‘X’ sebagai ganti

5. Untuk alas tempat duduk, saya gunakan playwood tebal. Kemudian playwood tadi saya letakkan 4 keping span 8mm dan balut kan dengan kain.

6. Nak nampak lebih cantik saya buat lekuk-lekuk pada permukaan span dengan menggunakan skru dan tampalkan butang di atas skru tadi

Hasil kreatif Puan Mastura ini membuatkan ramai membuka mata dan akan merasa bersyukur dengan apa yang ada. Nikmatnya PKP ini dapat dirasai bersama keluarga tercinta dengan hanya melakukan aktiviti menghias rumah bersama-sama. #syukurbersama.

Sumber: Mastura Mohd Yusoff

 



Source link