Uncategorized

Hikvision anjur Sidang Kemuncak Awan AI kedua di Hangzhou

Hikvision anjur Sidang Kemuncak Awan AI kedua di Hangzhou 1


Hikvision anjur Sidang Kemuncak Awan AI kedua di Hangzhou 2

Forum utama Sidang Kemuncak Awan AI Hikvision

HANGZHOU, China, 10 April 2019 /PRNewswire/ — Hikvision, pembekal utama di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak Awan AI ‘Membentuk Kepintaran’ kali kedua di Pusat Pameran Antarabangsa Hangzhou Whitehorse Lake mulai 29-30 Mac.

Di bawah tema ‘Pengayaan Data dengan AI’, sidang kemuncak ini bertindak sebagai platform untuk rakan-rakan kongsi ekosistem Awan AI bertukar pengetahuan tentang teknologi serta aplikasi AI dan data raya terkini. Ia melibatkan forum utama dan empat sub-forum tentang topik Kewangan, Perdagangan, Khidmat Awam serta Tadbir Urus Pintar untuk Bandar. Lebih 3,000 peserta mengambil bahagian termasuk pelanggan Hikvision, peneraju industri, pakar akademik dan rakan kongsi.

Visi masa depan: Gabungan antara IoT Pintar dan Rangkaian Maklumat

Salah satu topik paling penting yang dibincangkan di persidangan adalah bagaimana platform Awan AI Hikvision dapat menyokong penyepaduan IoT dan data rangkaian maklumat bagi memacu pembangunan masa depan untuk aplikasi pintar baharu. Idea-idea yang dibincangkan termasuk pembangunan seni bina pengkomputeran yang menyatukan awan dan pengkomputeran pinggir, berserta seni bina data yang dapat membolehkan penyepaduan IoT pintar dan data rangkaian maklumat.

“Kami percaya bahawa, sebagai platform gabungan, Awan AI akan berupaya menyokong pelanggan kami dalam usaha mereka untuk menyerlahkan potensi penuh AI dan IoT,” kata Yangzhong Hu, Ketua Pegawai Eksekutif Hikvision, semasa ucapan dasar beliau di forum utama. “Kepintaran merata akan menjadi suatu kebiasaan baharu dalam era AI; aplikasi pintar dan penjanaan data mereka akan menjadi enjinnya.”

Menyediakan platform terbuka sepenuhnya untuk pembangunan bersama

Awan AI Hikvision dibangunkan untuk menyelesaikan cabaran dalam dunia sebenar merentas pasaran vertikal yang berbeza dan untuk mencipta nilai berterusan kepada pengguna akhir. Seni bina terkini direka untuk mendayakan kolaborasi antara rakan-rakan kongsi merentas pengkomputeran pinggir, aplikasi industri, platform perkhidmatan serta sistem standard dan banyak lagi. Sebagai salah satu contoh hal ini, Hikvision menunjukkan bagaimana pelancaran sistem latihan algoritma AInya membolehkan rakan-rakan kongsi melatih algoritma dengan mudah untuk keperluan dan penggunaan aplikasi pelanggan tertentu.

Menggunakan kawasan pameran acara didigitalkan seluas 6,000 meter persegi, Hikvision dan rakan-rakan kongsi ekosistemnya turut menunjukkan penyelesaian AI yang serba guna, termasuk Peruncitan Pintar, Kampus Pintar, Perkhidmatan Kewangan Pintar, Pembinaan Pintar, Pertanian Pintar dan banyak lagi. Di samping itu, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) turut dipamerkan termasuk Bas Pintar, Jaringan Jalan Raya Pintar, Lapangan Terbang Pintar dan Sistem Kereta Api Pintar, kesemuanya direka untuk meningkatkan keselamatan penumpang serta mempertingkat pengalaman perjalanan.

Aplikasi AI untuk perkasa pengguna perindustrian

Di empat sub-forum yang diadakan pada hari kedua, pengguna akhir dari pasaran berbeza bertukar pandangan dan berkongsi senarai tindakan untuk berkolaborasi dengan Hikvision dan penggunaan AI. Di forum Komersial, rakan-rakan kongsi peruncitan, tenaga, pengurusan hartanah dan logistik meneroka bagaimana AI dapat meningkatkan wawasan perniagaan dan mengubah bagaimana perniagaan beroperasi.

Di forum Tadbir Urus Pintar untuk Bandar, pihak berkuasa lalu lintas dari pelosok China yang berbeza berkongsi aplikasi AI yang berjaya, termasuk bagaimana penyelesaian E-Polis dapat membantu mengenal pasti kesalahan lalu lintas dan mengurangkan bilangan kemalangan dan maut. Dengan menggabungkan maklumat video dengan sistem serta algoritma yang lain, data raya lalu lintas boleh dilihat pada peta bandar untuk terus membimbing lalu lintas dan meningkatkan kemudahan berulang alik bandar.

Di Forum Kewangan, bank-bank termasuk China Construction Bank dan Industrial and Commercial Bank of China meninjau transformasi digitalmereka dengan AI dalam aspek keselamatan dan pengurusan perbankan, lalu menunjukkan bagaimana data raya dikuasakan AI merupakan penggerak utama dalam proses ini.

Forum Khidmat Awan menumpu pada bagaimana teknologi AI dapat menyokong penambahbaik pengurusan khidmat awam. Antara sesi-sesi lain, rakan kongsi Hikvision memperkenalkan aplikasi AI untuk pembelajaran jarak jauh, bilik darjah pintar, keselamatan kampus dan persekitaran pembelajaran yang dipertingkat.

Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Awan AI 2019 Hikvision, sila kunjungi https://aicloudsummit.hikvision.com/hikvision/index.html.

Untuk menonton video tentang Sidang Kemuncak Awan AI 2019 Hikvision, sila kunjungi https://www.youtube.com/watch?v=Ln67i2YqEMQ.

Latar Belakang Hikvision

Hikvision ialah penyedia terkemuka dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang ekstensif dan sangat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision melanjutkan capaiannya kepada industri teknologi kediaman pintar, pengautomatan perindustrian dan elektronik automotif bagi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision turut menyediakan kecerdasan perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih hebat. Komited terhadap kualiti dan keselamatan tertinggi produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Sumber: Hikvision Digital Technology

Pautan Berkaitan:

Hikvision anjur Sidang Kemuncak Awan AI kedua di Hangzhou 3

Komen

komen





Source link