Uncategorized

Hishammuddin sokong Kertas Putih Felda, bimbang pembelian Eagle High

Hishammuddin sokong Kertas Putih Felda, bimbang pembelian Eagle High 1



Hishammuddin sokong Kertas Putih Felda, bimbang pembelian Eagle High 2

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kebimbangannya mengenai beberapa perkara yang didedahkan menerusi pembentangan kertas putih Felda terutama membabitkan pembelian saham Eagle High Plantation Investment (EHP).

Menerusi akaun Twitternya, Hishammuddin yang juga sepupu Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat, kertas putih yang dibentangkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali itu secara menyuluruh ia akan memanfaatkan Felda dan peneroka.

Bekas Naib Presiden UMNO itu juga menegaskan menyokong dan akan bekerjasama demi 2,285 peneroka di Parlimen Sembrong.

“Tetapi, Kertas Putih Felda ini juga mendedahkan beberapa perkara yang membimbangkan dan memerlukan siasatan menyeluruh. Khususnya, perkara yang ada berkaitan dengan transaksi Eagle High yang menjadi tanda tanya ramai,” tulis beliau.

BACA: Kertas Putih Felda: ‘Najib kelirukan orang awam dan peneroka’ – Muhyiddin

BACA: Langgar embargo: Najib berdepan tindakan digantung sebagai Ahli Parlimen
Pada Rabu, Azmin membentangkan kertas putih berkenaan yang mendedahkan aliran tunai Felda berada pada tahap kritikal, selain baki tunai Felda merosot daripada purata RM2.5 bilion dalam tempoh 2007 hingga 2011 kepada hanya RM400 juta pada 2017.

Mengulas lanjut, Azmin berkata semua laporan polis dan pertuduhan yang bakal dibuat adalah berdasarkan bukti yang diperolehi daripada Audit Forensik.

Katanya, kerajaan tidak akan bertindak di luar bidang kuasa dan semuanya adalah atas keputusan pihak berkuasa dan mahkamah.





Source link

Related Posts