Uncategorized

HOMEDEC 2019: Pindah rumah baharu? 5 tip mudahkan dekorasi!


ANDA baharu sahaja mendapatkan kunci kediaman idaman anda?

Jika anda bakal berpindah ke rumah baharu, susun atur atau dekorasi tentunya membuat anda pening kepala.

Jangan bimbang, lima tip ini boleh menjadi panduan untuk anda membuat #HOMEDECisions:

1. Mulakan proses mengemas sekurang-kurangnya dua bulan sebelum anda berpindah. Tetapkan satu ruang atau bilik, tentukan apa yang mahu dibuang, dikitar semula atau didermakan. Dengan cara itu, apabila sudah tiba masanya untuk berpindah, anda tidak serabut.

2. Cari sofa yang boleh dibuka apabila diperlukan. Apabila sudah berpindah, anda boleh mix and match pelbagai gaya untuk memberikan ‘warna’ perabot klasik anda. Lebih murah untuk membeli beberapa bantal dengan corak grafik atau permaidani baharu daripada menggantikan sofa.

3. Pertimbangkan berat perabot sebelum anda membuat pembelian. Cari material baik tetapi ringan. Walaupun anda tidak bercadang untuk berpindah, perabot yang ringan menjadikan lebih mudah untuk anda menyusun semula atau membersihkannya.

4. Apabila menghias rumah, cuba tetapkan supaya ia kelihatan seperti rumah contoh. Ini bermakna tiada barang bersepah, segala-galanya tersusun dan setiap bilik mempunyai sentuhan aksesori dan warna yang tepat. Bakar lilin wangi dan nikmatilah rumah baharu anda!

5. Jika anda mempunyai projek yang ingin anda lakukan, seperti menaik taraf lampu, lukisan atau menggantikan lantai, lakukannya sebelum anda masuk ke rumah baharu- jangan tunggu sudah pindah masuk baharu nak mulakan. Kata kuncinya, perancangan dan sistematik.

HomeDEC

Masih perlukan idea dan tip hiasan?

Apa perlu risau, dengan tawaran terbaik, Pameran Hiasan Dalaman dan Rekaan Rumah HOMEDEC 2019 menjanjikan keseronokan yang akan anda miliki semasa membeli-belah untuk dekorasi rumah anda!

PELBAGAI TAWARAN YANG TERBAIK!

Kunjungi pelbagai gerai di dewan untuk mendapat tawaran terbaik ini! Di HOMEDEC, anda akan mendapat kembali nilai wang anda dalam bentuk produk, dengan tawaran eksklusif HOMEDEC – sehingga 70 peratus yang tidak akan tersedia di tempat lain menerusi kempen #HOMEDECisions kami!

D – DealsTawaran terbaik untuk semua!
R – RewardsBanyak ganjaran untuk mereka yang berbelanja!
E – ExperiencePeraduan untuk pengujung merasai pengalaman dan  mengambil bahagian!
K – Knowledge Mendapatkan ilmu dari pakar hiasan yang akan berkongsi pengalaman mereka!

Ini antara aktiviti yang pastinya anda tidak mahu terlepas:

TAWARAN HARI INI

Anda tidak akan mendapati tawaran hebat ini di tempat lain! Daftar kunjungan anda lebih awal dan lawati kami di HOMEDEC dengan diskaun istimewa dan pakej pada item terpilih dari jenama kegemaran anda! Hanya pada hari Khamis & Jumaat – 17 dan 18 Oktober sahaja.

PERTANDINGAN HOMEDEC “OH MY BOX”

Anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dengan nilai keseluruhan melebihi RM300,000 bulan ini yang ditaja oleh pempamer HOMEDEC apabila anda menukar Token HOMEDEC anda untuk memilih “OH MY BOX” anda! Hanya belanja minimum RM150 * dalam satu resit (atau RM100 untuk Pemegang Kad CIMB) untuk menerima token!

Hadiah utama katil Slumberland Grand Warwick bernilai RM9,430 atau Voucher Tunai Kabinet Dapur Golden Home bernilai RM8000 dan hadiah lain yang menarik.

CENDERAMATA

Daftar  dalam talian atau RSVP dalam talian untuk menerima pakej percuma seperti beras Jasmine ROYAL PUSA GOLD, bekas minuman gourmet La Gourmet atau baucer Katrin BJ, sementara stok masih ada.

PULANGAN TUNAI

Belanja dengan FAVEPay di gerai pempamer yang mengambil bahagian dan nikmati cashback yang tinggi sehingga 10 peratus!

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN DENGAN MULA

Perlukan kenderaan? Gunakan perkhidmatan MULA ke HOMEDEC dan nikmati diskaun RM3 dari tambang anda, tiada kadar minimum! Masukkan kod promo MUHDKL19.

TAWARAN EKSKLUSIF

Rumah baharu anda berhak mendapatkan yang terbaik tetapi anda boleh melakukannya dalam kadar yang rendah! Dengan tawaran terbaik eksklusif sehingga 70% khusus untuk pemilik rumah baharu, anda juga boleh mendapatkan dekorasi rumah impian anda, lebih murah, lebih bijak, dan lebih cepat!

HOMEDEC HEROES

Lagi satu perkara nak bagi tahu, HOMEDEC sedang mencari ‘Hero’. Anda sangka Marvel saja yang ada hero? HOMEDEC HEROES pun ada! HOMEDEC akan mencari seorang Hero untuk membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM3,000 dan seterika Laurastar yang bernilai RM3,688.

Jadi, hadiah untuk anda rebut adalah berjumlah lebih RM6,600! Sesiapa sahaja antara kalian boleh memenanginya.

PAWAGAM MINI HOMEDEC

Bosan berjalan-jalan? Beristirehat di Cinema Mini HOMEDEC khas kami di Hospitality Lounge, dan rasai pengalaman luar biasa!

Pemilik rumah baru, perunding dari Joey Yap Consulting Group akan memberi nasihat terbaik tentang bagaimana untuk menghias rumah anda, jadi daftar untuk bengkel percuma hari ini!

Buat #HOMEDECisions yang betul; pastikan anda ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 17 hingga 20 Oktober 2019!

Maklumat lanjut juga boleh didapati di laman web HOMEDEC dan Facebook HOMEDEC





Source link