Uncategorized

Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan

Hotel Kapal Terbang Dalam Hutan 1


KUANTAN – Sebelum ini, tiada siapa pernah terfikir untuk membina sebuah hotel pesawat dalam hutan. Namun, ‘idea gila’ tersebut direalisasikan oleh dua beranak yang bernama Kevin Young Thien Sheng, 30, dan bapanya, Young Yeong Long, 61.

Kevin yang merupakan graduan sarjana muda Universiti Lim Kok Wing, berkata, hotel unik yang menggunakan pesawat Boeing 737-400 itu dijangka beroperasi pada awal tahun hadapan.

Pesawat yang dibeli daripada sebuah syarikat penerbangan di Selangor itu telah dipindahkan ke kawasan Sungai Lembing. Proses pemindahan pesawat merupakan antara proses yang sukar kerana mereka perlu memotong pesawat kepada beberapa bahagian, kemudian memindahkannya menggunakan lima buah treler dan dua buah kren untuk mengangkat bahagian pesawat. Proses pemindahan ini telah dijalankan pada awal bulan Mei.

Tanpa mendedahkan jumlah sebenar yang dibelanjakan untuk membeli pesawat, Kevin hanya memberitahu, ianya ‘sangat mahal’. Beliau juga perlu mematuhi prosedur yang sangat ketat.

Kevin merancang untuk membina hanya lima buah bilik daripada keseluruhan 36.57 meter (120 kaki) pesawat itu bagi memastikan keselesaan para pengunjung, Beliau juga berhasrat untuk mengekalkan ciri-ciri pesawat seperti pintu masuk bagi memberi pengalaman tersendiri kepada pengunjung.

Kevin mempuyai alasan tersendiri apabila disoal tentang lokasi hotel unik ini. Kawasan hutan menjadi pilihan Kevin kerana konsep semulajadi dan diharap menjadi pilihan pengunjung yang mahu melarikan diri dari kesibukan kota.

Mereka juga sedang mendaftarkan jenama hotel kapal terbang itu dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi ‘melindungi’ keunikan hotel tersebut. Kevin juga berkongsi perancangan masa panjang mereka yang berhasrat untuk membuka hotel dengan konsep serupa di lokasi berbeza

– BERNAMA

Komen anda





Source link