Artikel Terkini

HSBC cadang Malaysia dan tiga negara serantau bentuk travel bubble



KUALA LUMPUR: Syarikat perbankan global HSBC mencadangkan Maaysia bersama tiga negara ASEAN lain – Vietnam, Thailand dan Singapura – melaksanakan ‘travel bubble’ atau gelembung pelancongan bagi membolehkan pelancong-pelancong dari negara berkenaan melancong di keempat-empat negara tersebut. 

Dalam satu laporan baru-baru ini, HSBC menyebut keempat-empat negara berkenaan berpotensi membuka pintu sempadan masing-masing, khusus untuk pelancong dari empat negara tersebut setelah melihat kejayaan Malaysia, Vietnam, Thailand dan Singapura mengawal jangkitan COVID-19 dengan baik.

“Secara amnya, ‘gelembung pelancongan’ akan membolehkan penduduk dari kawasan dengan jangkitan COVID-19 yang rendah untuk melancong ke negara lain tanpa melalui kuarantin mandatori 14 hari,”  jelas HSBC dalam laporan berkenaan.

BACA: Gelembung perjalanan Thailand kecualikan pelancong santai asing

Sementara itu, Vietnam tampil sebagai antara negara yang mencatatkan jumlah trafik udara yang paling tinggi berbanding negara-negara serantau, malah kini sudah berapa pada tahap sama sebelum pendemik COVID-19 melanda.

Manakala data trafik udara di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand masih belum menunjukkan pemulihan.

Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk membenarkan aktiviti pelancongan domestik menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan berkuat kuasa minggu lalu. 

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkannya berkata, ia selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri dikenakan.

Sementara Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan
hanya lapan sub sektor pelancongan domestik dibenarkan.

Namun, ia mesti mematuhi semua prosedur operasi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.





Source link

Related Posts