Uncategorized

i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah

i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah 1


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ni mengumumkan pelancaran rasmi aplikasi atas talian i-Invest. Sebenarnya, ura-ura pelancaran aplikasi ini telah mula didengari dari tahun 2018 lagi dan ia bertambah hangat pada bulan lepas.

Apa Itu i-Invest?

1. Ia adalah salah satu aplikasi untuk memudahkan para pencarum KWSP untuk melabur sebahagian lebihan akaun 1 ke dalam unit saham amanah (unit trust) secara Do-It-Yourself (DIY)

2. Sebanyak 30% lebihan simpanan asas (basic saving) akaun 1 dalam satu masa

3. Jumlah simpanan asas berbeza ikut umur. Boleh google dan muat turun jadual simpanan asas

4. Pencarum boleh melabur secara langsung tanpa pengantara Unit Trust Consultant (UTC)

5. Caj yang dikenakan maksima 0.5% berbanding 3.0% sekiranya menggunakan khidmat pengantara

Siapa Yang Sesuai Guna i-Invest?

1. Pencarum KWSP yang mempunyai lebihan di dalam akaun 1

2. Pencarum yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam memilih dana-dana unit amanah

3. Pencarum yang tahu menganalisis prestasi-prestasi dana unit amanah

Ini sesuatu yang sangat bagus. Pencarum yang mahir boleh mengurangkan kos pelaburan dengan buat secara DIY. Yelah, kalau dah sendiri mahir buat apa guna khidmat orang tengah pula kan?

Tapi Bagaimana Dengan Mereka Yang Kurang Kemahiran?

1. Sebaiknya menggunakan khidmat UTC atau pun Licensed Financial Planner

2. Memang kos menggunakan khidmat mereka lebih mahal (3.0%) tetapi ia lebih murah berbanding kos tersilap memilih dana

3. Malah sekiranya menggunakan khidmat Licensed Financial Planner, pencarum boleh melabur juga ke dalam instrument pelaburan yang lain (tak terhad) kepada unit amanah saja

Kesimpulannya, KWSP telah melancarkan satu inisiatif yang sangat baik. Kini pencarum mempunyai pilihan sama ada boleh melabur secara DIY atau menggunakan khidmat nasihat professional

Oh ya, buat pencarum-pencarum Muslim, cepat-cepat menukar akaun KWSP korang ke akaun Shariah. Mencari yang halal itu wajib.

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di  hanifyahaya@financier.com

i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah 2

i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah 3

Komen

komen





Source link