Uncategorized

IBS Forest City Country Garden Diiktiraf Sebagai Kemudahan Pembinaan Prafabrikasi Automatik Sepenuhnya Terbesar Di Malaysia

IBS Forest City Country Garden Diiktiraf Sebagai Kemudahan Pembinaan Prafabrikasi Automatik Sepenuhnya Terbesar Di Malaysia 1


IBS Forest City Country Garden Diiktiraf Sebagai Kemudahan Pembinaan Prafabrikasi Automatik Sepenuhnya Terbesar Di Malaysia 2

Foto berkumpulan Edwin Yeoh, salah seorang hakim bagi juri Malaysia Book of Records (kiri), Baru Bian, Menteri Kerja Raya, Malaysia (tengah) dan Wang Anhui, pengurus besar eksekutif Forest City, di majlis penyampaian anugerah

JOHOR BAHRU, Malaysia30 April 2019 /PRNewswire/ — Forest City Country Garden (HK.02007) menerima satu lagi anugerah di Malaysia pada 25 April 2019 yang lalu. Kilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) bandar raya berkenaan telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai kemudahan prafabrikasi automatik sepenuhnya yang terbesar di Malaysia.

Menteri Kerja Raya Malaysia YB Baru Bian menghadiri majlis penyampaian anugerah berkenaan, dan bersama-sama salah seorang hakim anugerah berkenaan, menyampaikan sijil kepada Forest City. Susulan penerimaan sijil daripada Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad atas sumbangan kemudahan berkenaan terhadap ekonomi tempatan dan anugerah Pembangunan Hijau Mampan Terbaik IBS yang disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin, Forest City sekali lagi diiktiraf oleh kerajaan persekutuan dalam tempoh hanya dua bulan.

En. Bian mengulas di acara ini, “Saya kagum dengan IBS Forest City. Tahniah atas projek yang cemerlang ini, yang menjadi kebanggaan negara, di samping menjadi wakil yang amat penting untuk hala tuju industri ini. Kami menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh Forest City.”

Pengarah strategi Forest City Ng Zhu Hann berkata, “Ini merupakan satu galakan buat Forest City, apabila IBS meraih satu lagi pengiktirafan daripada kerajaan persekutuan. Melalui pemahaman maksud dasar perumahan 2.0 yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia dan inisiatif-inisiatif Kementerian Kerja Raya terhadap pengindustrian pembinaan dan teknologi pemodelan maklumat bangunan (BIM), kami akan terus menyumbang kepada transformasi perindustrian Malaysia berdasarkan konsep-konsep ini, menyediakan pemindahan teknologi berteknologi tinggi di samping menambah baik rantaian perindustrian pembinaan tempatan.”

Pada Ogos 2017, projek fasa I kilang IBS, yang dibina bersama-sama Forest City, EBAWE yang berpangkalan di Jerman dan IMER yang berpangkalan di Itali dan dianggap oleh banyak pemerhati industri sebagai yang terkemuka bagi kemudahan berkenaan di seluruh Asia, secara rasminya mula beroperasi. Projek fasa 1 berkeluasan 73,000 meter persegi, dengan kapasiti tahunan direka seluas 260,000 meter padu konkrit, sudah cukup untuk menampung kawasan pembinaan berkeluasan 1 juta meter persegi, yang bersamaan dengan kira-kira 9,000 unit kediaman bangunan pangsapuri biasa. IBS ialah peneraju dari segi kapasiti bagi kemudahan tunggal di Asia. Kini, kemudahan ini menyediakan lebih 300 peluang pekerjaan dan menawarkan latihan profesional kepada pekerja-pekerja berkemahiran. Teknologi-teknologi canggihnya menerima perhatian yang luas merentas sektor pembinaan kawasan berkenaan.

Disokong oleh sistem pengeluaran berdasarkan piawaian pembinaan tertinggi di dunia, komponen-komponen dengan kualiti yang sama boleh menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan berterusan Forest City, mengurangkan sebarang bahan buangan dalam proses penyelesaian projek-projek hartanah sambil melindungi alam sekitar kawasan setempat. Sebagai projek rintis bagi bangunan pemasangan modular, Forest City telahpun berjaya menyelesaikan pembinaan lima bangunan pangsapuri dengan komponen-komponen dikilangkan oleh kilang IBS. Pengerusi jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor Dzulkefly Ahmad melakukan lawatan pemeriksaan ke atas dua bangunan pangsapuri yang telahpun diserahkan oleh Forest City dan menyampaikan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) kerajaan Malaysia kepada pihak pemaju hartanah.

Selain memenuhi tuntutan pembinaan Forest City, perkhidmatan daripada kilang IBS akan ditawarkan kepada projek-projek pembinaan tempatan yang lain.

Sumber: Country Garden Forest City

IBS Forest City Country Garden Diiktiraf Sebagai Kemudahan Pembinaan Prafabrikasi Automatik Sepenuhnya Terbesar Di Malaysia 3

Komen

komen





Source link