Artikel Terkini

Ibu Ini Kongsi Kelengkapan Wajib Ada Dalam Peti Pertolongan Perubatan Di Rumah


Aspek keselamatan di kediaman merupakan salah satu elemen penting yang sering kita terlepas pandang. Seharusnya, perkara ini tidak patut dipandang enteng dan perlu diberi perhatian.
Berapa ramai antara kita yang mempunyai Peti Pertolongan Perubatan atau Medical Kit untuk kegunaan ketika kemalangan berlaku di rumah? Pasti ini antara perkara yang paling terakhir yang anda fikirkan untuk kediaman kerana bagi anda, jika sakit atau cedera, boleh terus ke klinik. Lebih mudah dan terjamin.

Tetapi tahukah anda, antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan seperti demam, batuk, cirit-birit atau gatal-gatal kulit. Jadi, bukankah lebih baik jika kita boleh bantu kurangkan kesesakan dan rawat sendiri penyakit yang tidak kritikal di rumah.

Lebih-lebih lagi untuk anak kecil yang mudah sakit dan sensitif. Ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai ragam mereka. Dengan mempunyai medical kit ini dirumah, anda boleh menjimatkan masa dan masalah juga dapat diselesaikan dengan segera tanpa perlu menunggu giliran di klinik dalam keadaan tidak selesa dan lama.

Oleh itu, kali ini melalui posting di akaun Facebook Puan Hani Mynis, Impiana senaraikan kelengkapan yang anda perlukan untuk medical kit anak-anak untuk kegunaan dimasa kecemasan.

Sebenarnya hani dah pernah kongsi must-have items dalam medical kit anak ni tahun lepas . Tapi kali ni hani kongsi lagi sekali dengan lebih detail penerangan dan kegunaan satu-satu item dalam kit Aqil ni.

Bagi hani, kalau ada anak kecil, medical kit memang wajib ada, lagi2 kalau nak pergi berjalan melancong atau balik kampung. Pendek cerita mmg kena usung bawa pergi mana2 dan barang-barang pun kalau boleh cuba utk selengkap boleh sebab anak kecil ni kadang tak terduga bila dia nak demam, selsema atau tetiba main terjatuh luka pulak lutut

Kalau boleh sediakan satu bekas khas utk anak yang boleh dibawa travel, boleh bekas plastik atau bekas kain (pouch). Hani guna bekas plastik transparent senang nak simpan nampak lebih kemas dalam kabinet ubat hani Jangan lupa label ya.

So, post ni panjang berjela. Boleh tengok ya apa item yang hani masukkan dalam kotak medical kit Aqil Miqail ni. Kalau ada idea nak tambah apa-apa boleh lah kongsi juga ya

Semoga bermanfaat



Source link