Artikel Terkini

Ilmu Technical Analysis: Continuation Chart Pattern – Ascending Triangle


Continuation chart pattern merupakan teknik menganalisa pergerakan harga saham yang berpotensi untuk meneruskan pergerakan uptrend. Continuation chart pattern terbentuk apabila harga saham membuat pergerakan sideways untuk sementara waktu sebelum meneruskan pergerakan uptrend.

Di antara continuation chart pattern yang banyak dijumpai dan mudah untuk difahami adalah ascending triangle.

Ascending triangle merupakan chart pattern yang paling mudah untuk dikesan dan kebiasaannya terbentuk dalam jangka masa yang singkat. Ia merupakan bentuk segi tiga yang mempunyai bahagian atas yang rata.

Ascending triangle terbentuk apabila harga saham menyentuh paras resistance beberapa kali dan dalam masa yang sama melakukan higher low.

Pembentukan garis rata pada bahagian atas ascending triangle mewakili jumlah supply yang tinggi dan menyebabkan harga saham sukar untuk melepasi paras resistance tersebut. Namun, garisan bawah yang semakin meningkat pula menandakan bahawa para pelabur dan pedagang mempunyai kerelaan untuk membeli dengan harga yang lebih tinggi.

Pembentukan pattern ini kebiasaannya memberi petanda bahawa saham tersebut masih mempunyai demand yang melebihi supply dan memberi kebarangkalian yang tinggi untuk harga saham meneruskan pergerakan uptrend.

Gambar diatas menunjukkan contoh pembentukan ascending triangle dimana garisan A, C dan E bertindak sebagai garis resistance dan garisan atas bagi ascending triangle. Garisan B dan D pula bertindak sebagai support apabila harga saham membuat higher low dan membentuk garisan bawah bagi pembentukan ascending triangle.

Pada titik E, harga saham berjaya melepasi garisan resistance dan bertindak sebagai tanda confirmation bahawa harga saham akan meneruskan pergerakan uptrend.

Pedangang yang menggunakan teknik ini akan menantikan harga saham selesai melakukan pembentukan ascending triangle sebelum membuat pembelian. Selain daripada itu, pedagang juga akan menjadikan pergerakan breakout dari pattern tersebut sebagai confirmation bahawa harga saham akan meneruskan pergerakan uptrend.

Walaubagaimanapun, tidak kesemua pembentukan pattern ini berakhir dengan breakout dan harga saham meneruskan pergerakan uptrend. Harga saham mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meneruskan pergerakan uptrend jika keseluruhan pasaran juga berada dalam keadaan uptrend dan pasaran saham berada dalam sentimen yang positif.



Source link