Artikel Terkini

Ilmu Technical Analysis: Parabolic SAR


Parabolic SAR adalah technical indicator yang dapat memberi signal kepada pelabur apabila berlakunya perubahan trend harga. Indicator ini dicipta oleh J. Welles Wilder Jr. yang juga merupakan pencipta indicator yang terkenal dan banyak digunakan oleh pelabur, Relative Strength Index (RSI).

SAR atau ‘stop and reverse’ bermaksud trend harga pada sesuatu point telah berakhir dan akan berubah. Indicator ini digunakan oleh pelabur untuk menentukan entry point pada permulaan trend dan exit point apabila trend mula berubah.

Jika tengok pada chart, Parabolic SAR akan diwakili oleh titik bulat sama ada di atas ataupun di bawah harga saham tersebut. Titik indicator yang berada di bawah harga saham bermaksud harga saham berada dalam keadaan bullish atau pun uptrend.

Manakala titik indicator yang berada pada atas harga saham pula bermaksud harga saham berada dalam keadaan bearish ataupun downtrend. Perubahan titik indicator daripada atas harga saham kepada bawah harga saham bermaksud harga saham akan berubah kepada uptrend dan boleh digunakan sebagai entry point.

Bertentangan dengannya pula adalah perubahan titik indicator daripada bawah harga saham kepada atas harga saham bermaksud harga saham akan berubah kepada downtrend dan boleh digunakan sebagai exit point.

Gambar di atas menunjukkan contoh penggunakan Parabolic SAR. Titik A menunjukkan harga saham membuat pergerakan uptrend dan Parabolic SAR berada pada bawah harga saham menandakan harga saham telah berada pada keadaan uptrend dan boleh digunakan sebagai entry point untuk pergerakan uptrend tersebut.

Titik B pula menandakan harga saham mula berubah membuat pergerakan downtrend dan Parabolic SAR berubah kebawah harga saham. Ini menandakan berakhirnya pergerakan uptrend dan boleh digunakan sebagai exit point.

Parabolic SAR berfungsi dengan lebih baik pada harga saham yang bergerak pada uptrend atau downtrend. Namun, Parabolic SAR banyak memberikan indicator yang mengelirukan pada harga saham yang bergerak secara sideways.

Pergerakan sideways akan menyebabkan indicator ini berubah-ubah dari berada pada atas harga saham kepada berada  pada bawah harga saham dalam masa yang singkat.

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, pelabur dinasihatkan agar menggunakan indicator ini pada harga saham yang mempunyai trend yang besar (major trend).

Selain daripada itu, pelabur juga dinasihatkan agar menggunakan indicator ini bersama-sama indicator yang lain seperti Moving Average bagi menentukan trend harga saham.

Jemput baca juga:

Ilmu Technical Analysis: Trendline

Ilmu Technical Analysis: Relative Strength Index (RSI)

Ilmu Technical Analysis : Reversal Chart Pattern

Ilmu Technical Analysis: Bollinger Bands (BB)

Ilmu Technical Analysis: Apa Itu Fibonacci Dan Kegunaannya Dalam Pelaburan Saham



Source link