Artikel Terkini

Impak Positif BNM Turunkan Kadar OPR Dalam Industri Hartanah


Pada 22 Januari 2020 yang lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) atau lebih dikenali sebagai OPR pada kadar 2.75%.

Kesannya, kadar
siling dan lantai OPR telah diturunkan kepada 3% dan 2.5% dengan matlamat mengurangkan tekanan ekonomi dan
kewangan hasil daripada ketidakstabilan geopolitik dan pasaran kewangan.

Baca : Kadar Dasar Semalaman (OPR) Turun Kepada 2.75%, Sebab Nak Suruh Rakyat Berbelanja

Penurunan kadar OPR
ini sebenarnya sedikit sebanyak merugikan institusi perbankan kerana penurunan
OPR ini memberi impak kepada margin keuntungan mereka.

Sayang sekali
dengan penurunan OPR ini sekiranya peminjam tidak merancang pengurusan kewangan
dengan baik dalam berbelanja.

Jadi, apa kesannya
kepada industri hartanah? Adakah penurunan ini mendatangkan sebarang impak positif
kepada peminjam bank khususnya dalam pembiayaan pinjaman hartanah?

Baca : Apa Itu Kadar Dasar Semalaman Atau Overnight Policy Rate (OPR) Dan 3 Kesan Penurunannya

Adakah kadar
pembayaran balik pinjaman juga telah menurun atau kekal statik seperti
sediakala?

Artikel kali ini akan mengupas sedikit sebanyak impak positif penurunan OPR yang dilaksanakan oleh BNM ini.

4 Kesan Positif BNM Turunkan Kadar OPR Dalam Hartanah

1. Basic Rate (BR)

Basic Rate atau Kadar Pinjaman Asas adalah satu kadar minima yang ditetapkan oleh bank dalam pembiayaan hartanah.

Kadar Pinjaman Asas tidak berubah-ubah seperti kadar faedah bank.

Untuk
rekod, kadar BR kebanyakan bank diturunkan dengan Maybank menurunkan kadar BR
sebanyak 25 mata dan Public Bank menurunkan kadar BR sebanyak 0.25%.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

2. Basic Lending Rate (BLR)

Basic
Lending Rate atau BLR adalah satu kadar faedah tetap yang telah ditetapkan
semua bank di Malaysia berpandukan kadar Overnight Policy Rate (OPR) yang
diselia sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Memandangkan Bank Negara Malaysia baru sahaja menurunkan kadar OPR kepada 2.75%, maka secara automatik kadar Basic Lending Rate oleh semua bank akan turun sebanyak 0.25%.

3. Basic Financial Rate (BFR)

Kadar Asas Kewangan
atau BFR adalah kadar untuk Perbankan Islam sebagai indikator asas kadar
pembiayaan.

Basic Financial
Rate menentukan keuntungan bank dalam pembiayaan hartanah dan kadarnya
ditentukan Bank Negara Malaysia mengikut pelarasan OPR.

Seiring dengan
penurunan OPR, kadar BFR juga turun
sebanyak 0.25%
.

4. Pembiayaan Islam

Bagi mencapai kesan
dasar monetari yang disasarkan oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) oleh Bank
Negara Malaysia, Pembiayaan Islam juga akan mengalami penurunan kadar asas dan kadar deposit tetap pada angka 0.25%.

CIMB Islamic juga
telah menurunkan kadar BR dan deposit tetap mereka seawal 22 Januari 2020.

4 Impak Positif Penurunan OPR Kepada Orang Awam Dan Ekonomi

1. Faedah Pinjaman Turun

Memandangkan kadar
asas pinjaman telah dikurangkan, peminjam hartanah sebenarnya menikmati
penurunan ansuran bulanan membolehkan mereka mempunyai lebihan wang untuk
dibelanjakan.

Baca : Inflasi : Dua Faktor Berlakunya Peningkatan Harga Di Dalam Ekonomi

2. Galak Akses Pembiayaan Pinjaman

Langkah menurunkan
OPR ini merupakan satu galakan dan peluang untuk ramai individu membuat permohonan
pembiayaan pinjaman hartanah kerana kadar faedah telah diturunkan.

Dengan kemudahan
akses pembiayaan pinjaman, maka lebih banyak rakyat Malaysia yang akan
menggunakan peluang ini untuk membeli hartanah.

3. Rangsangan Ekonomi

Jawatankuasa Dasar
Monetari mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan bekalan wang di dalam
negara.

Dengan penurunan
OPR ini, ekonomi negara dijangka akan lebih terangsang kerana rakyat kini
memperoleh lebih banyak wang untuk di belanjakan.

4. Industri Hartanah

Jualan hartanah
akan meningkat kerana akses pembiayaan pinjaman hartanah menjadi lebih mudah
dan kadar faedah turut telah dikurangkan.

Langkah dan galakan
Bank Negara Malaysia ini sedikit sebanyak membantu pemaju hartanah menjual unit
hartanah mereka dengan lebih mudah dan cepat.

Baca : Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Akhir kata, langkah yang diambil Bank Negara Malaysia ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengurangkan ketegangan ekonomi geopolitik dan membantu meningkatkan transaksi jual beli demi merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelbagai sektor yang memerlukan akses pembiayaan pinjaman dijangka akan mendapat faedah dari segi peningkatan jumlah jualan.



Source link