Artikel Terkini

India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

81588316065 kelapasawit - India kembali beli minyak sawit dari Malaysia



71588316071 kelapasawit - India kembali beli minyak sawit dari Malaysia

MUMBAI: Pembeli minyak sawit dari India kembali membeli bahan mentah itu dari Malaysia selepas berhenti berbuat demikian selama empat bulan berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Lapor agensi berita Reuters, pembelian baharu itu berlaku susulan peningkatan hubungan perdagangan Malaysia-India selepas Malaysia menandatangani perjanjian membeli 100,000 tan beras India pada minggu lepas.

Menurut laporan, minggu lalu, pengimport terkemuka dari India mengikat kontrak membeli 200,000 tan minyak sawit mentah dari Malaysia.

“Jumlah stok di pelabuhan berkurang dengan banyak kerana import yang rendah,” kata peniaga dari Singapura yang menjual minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia.

Berdasarkan data dikumpul Refinitiv, jumlah import minyak sawit India dalam empat bulan pada 2020 berkurang lebih daripada 50 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Pembelian semula tersebut dijangka mampu membantu industri minyak sawit di Malaysia yang memperlihatkan peningkatan harga sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Awal tahun ini, India mengehadkan pembelian minyak sawit dari Malaysia berikutan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik cara negara itu melayan minoriti Islam di sana.

Begitupun, hubungan kedua-dua negara semakin baik sejak pemerintahan baharu bermula Mac lepas, kata seorang pembeli yang telah menempah beberapa kapal untuk mengimport minyak sawit ke India pada Jun nanti.

“Saya berpendapat kerajaan India akan membenarkan perkara tersebut. Kita tidak boleh bergantung kepada satu penjual (Indonesia) sahaja, terutama bila anda mahu membina inventori,” katanya.

Harga minyak sawit Malaysia kini boleh dibeli pada harga diskaun namun pembeli Malaysia tetap berhasrat untuk menjualnya kerana menjangkakan stok dan pengeluaran akan bertambah pada Jun, kata seorang lagi pembeli di India.

India membeli lebih daripada 9 juta tan minyak sawit setahun dan pernah membeli sebanyak 4.4 juta tan minyak sawit Malaysia pada tahun lepas.

“Cukai eksport Indonesia membenarkan penjual Malaysia menawarkan potongan harga. Keputusan itu menarik pembeli dari India,” kata Anilkumar Bagani, Ketua Penyelidik Sunvin Group, broker minyak sayuran yang berpusat di Mumbai.





Source link

Related Posts