Uncategorized

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 1


Syarikat gergasi dunia kini mengorak selangkah ke hadapan dalam industri kesihatan yang bakal memberi pulangan yang lumayan kepada mereka. Teknologi yang melibatkan kesihatan kini dipandang serius oleh syarikat gergasi dunia seperti Apple,Amazon dan Microsoft.

Mereka menjangkakan industri berdasarkan kesihatan akan memberi pulangan berbilion dollar pada masa akan datang.

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 2
Adaptive merupakan syarikat terbesar yang dilaburkan Microsoft dalam kategori bioteknologi

Minggu lepas sahaja Syarikat Microsoft telah mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan membeli saham syarikat bioteknologi yang bernama Adaptive. Syarikat ini merupakan syarikat bioteknologi yang memperkenalkan kaedah unik untuk mengesan penyakit kritikal  seperti kanser dengan membaca kod sistem yang terdapat pada sistem imunlogi.

Syarikat mendakwa dapat mengesan penyakit kritikal dengan menggunakan teknologi yang berasakan sistem imun badan seseorang. Pasaran imunologi merupakan pasaran yang akan memberi hasil yang yang lumayan pada masa akan datang dengan nilai sebanyak $74.1 bilion pada tahun 2022, menurut kajian yang dikeluarkan oleh Orbis Research.

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 3
Syarikat Adaptive yang disenarai dalam pasaran Nasdaq telah berjaya mengumpul dana sebanyak $300 juta dan harga saham telah meningkat sebanyak dua kali ganda

Adaptive yang disenaraikan di Nasdaq pada harga $20, kini berada pada paras $40 hanya dalam tempoh dua hari sahaja. Pihak Microsoft yang merupakan pelabur persendirian telah membeli saham syarikat tersebut pada paras $10 seunit sebelum IPO, kini telah meningkat empat kali ganda.

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 4
Adik-beradik Chad merupakan pengasas bagi Syarikat Adaptive. Mereka menjangkakan produk mereka akan menembusi pasaran pada tahun 2021-2022

Syarikat Adaptive ini merupakan syarikat yang dibangunkan oleh adik-beradik Chad dan Harlan Robins sepuluh tahun yang lalu dan berpangkalan di Seattle, Washington. Syarikat ini mempunyai pekerja seramai 346 orang.

Sebelum mengapungkan saham di Nasdaq, syarikat ini telah memperolehi wang dari pelabur persendirian sebanyak $400 juta sepanjang sedekad berada dalam industri ini.

Pihak Microsoft yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan syarikat start-up dalam menyediakan sistem peyimpanan awan yang melibatkan $12 juta untuk menggunakan perkhidmatan peyimpanan Azure selama tujuh tahun.

Selain itu juga, Microsoft menyediakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk syarikat tersebut bagi membantu mentafsir maklumat yang diperlukan oleh bagi menjalankan penyelidikan.

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 5
Jam tangan pintar merupakan produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar peranti pintar yang fokus kepada kecergasan

Kini syarikat teknologi telah berlumba lumba membangunkan teknologi yang berasaskan kesihatan. Jika beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pengeluar hanya memfokuskan mengeluarkan peranti yang berkait rapat dengan kecergasan saja. Kini syarikat peneraju teknologi beralih arah dengan membangunkan dan mengembangkan teknologi yang berkaitan dengan kesihatan.

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 6
Produk kesihatan yang digunapakai untuk menguji kadar kandungan gula dalam badan kini telah dijual di Apple Store di Amerika Syarikat

Syarikat Apple yang sebelum ini terkenal dengan pengeluaran peranti pintar, turut menjual peralatan yang dikenali sebagai One Drop untuk mengesan kadar kandungan gula didalam badan sesorang.

Kita bakal lihat trend ini akan terus berkembang pesat pada masa akan datang.

Sumber Rujukan:

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 7

Industri Kesihatan Menjadi Perhatian Syarikat Gergasi Pengkomputeran Dunia 8

Komen

komen





Source link