Artikel Terkini

Ingat Dan Ikut SOP Serta Garis Panduan Kalau Anda Nak Makan Di Luar


Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini untuk memulakan semula ekonomi termasuklah bagi sektor makanan.

Pelbagai persoalan timbul mengenai kelonggaran yang diberikan. Ini garis panduan dan syarat yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi setiap sektor penyediaan dan perkhidmatan makanan sebelum mereka memulakan operasi.

1. Restoran/ Medan Selera / Pusat Penjaja / Gerai Makan Tepi Jalan (Berbumbung)
Garis panduan dan SOP

– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja awal waktu bekerja
– Susun atur meja, dengan jarak 2 meter antara meja bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurang 1 meter
– Setiap meja di muatkan tidak melebihi 4 orang semeja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM

Arahan Tetap

  • Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
  • Keperluan merekod kehadiran termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, serta suhu badan pekerja dan pelanggan, setiap hari

2. Kenderaan Saji (Food Truck) / Penjaja Beredar / Penjaja Tepi Jalan (Sementara)

Garis panduan dan SOP

– Mengambil dan rekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan pengunaan hand sanitiser berasaskan alkohol
– Menggalakkan penggunaan peralatan makan biodegradable pakai-buang
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM

Arahan tetap

  • Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi serta kebersihan premis
  • Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
  • Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan di kawasan perniagaan pada satu-satu masa (tidak berkumpul dan bersesak-sesak)

3. Pasar awam berbumbung / Pasar borong (Kuala Lumpur sahaja)

Garis panduan dan SOP

– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol, atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Saringan kesihatan (suhu badan, simptom dan riwayat kontak dengan pesakit COVID 19) kepada semua pekerja warga tempatan dan asing yang memegang permit kerja (Pasar Borong)

Arahan tetap

  • Keperluan merekod kehadiran serta suhu badan pekerja setiap hari
  • Waktu operasi mungkin berubah mengikut pasar (contoh: Pasar
  • Borong Kuala Lumpur beroperasi 24 jam
  • Disinfeksi bangunan setiap hari selepas operasi
  • Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam pasar pada satu-satu masa

Garis panduan dan SOP

– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Jarak antara meja/ gerai 2 meter
– Memastikan jarak 1 meter antara setiap pelanggan semasa pembelian
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM

Arahan tetap

  • Keperluan pendidikan pekerja berhubung kebersihan & kesihatan peribadi
  • Proses disinfeksi setiap kali selepas operasi
  • Penggiliran Penjaja mengikut hari

Contoh
-Set 1 (Selasa-Khamis-Sabtu)
-Set 2 (Rabu-Khamis-Ahad)

5. Pasar raya mini / Kedai runcit / Kedai serbaneka

Waktu kehadiran pelanggan
8.00 pagi hingga 8.00 malam

Garis panduan dan SOP

– Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu bekerja
– Premis perlu menyatakan dengan jelas bilangan pelanggan yang dibenarkan pada satu-satu masa
– Penggunaan penanda di lantai, terutamanya di kawasan sesak seperti di kaunter pembayaran, bagi memastikan jarak 1 meter
– Mewajibkan penggunaan hand sanitiser berasas alkohol
– Pembersihan secara kerap menggunakan cecair pencuci dengan kandungan sodium hypochlorite mengikut garis panduan KKM
– Menggalakkan pembayaran tanpa wang tunai atau cashless (e-wallet, kad kredit dan lain lain)

Arahan tetap

  • Kepentingan untuk menghadkan bilangan pelanggan dalam premis pada satu-satu masa
  • Kepentingan untuk pembersihan serta sanitasi berterusan yang kerap
  • Semua pekerja diwajibkan untuk memakai Face Mask



Source link