Artikel Terkini

Ini lapan tip mudah penjagaan diri di rumah


MUNGKIN ada yang beranggapan soal penjagaan diri semasa krisis COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini bukan perkara utama untuk diberi perhatian.

Namun sebaliknya, hal penjagaan diri ketika ini adalah amat penting dan sangat disyorkan.

Memetik laporan HuffPost, pakar terapi di San Diego, Jennifer Chappell Marsh mendedahkan, ketika apa-apa krisis yang melanda, penjagaan diri selalunya diabaikan dan ia adalah perkara terakhir yang akan dilakukan semula.

Mungkin ada antara kita yang  mengabaikan penjagaan diri kerana menyangka ia adalah perkara yang bersifat mementingkan diri sendiri sedangkan ada orang lain yang berhadapan dengan perkara merumitkan.

Realitinya, jika anda menjaga diri sendiri, ia membolehkan anda membantu orang lain yang memerlukan.

Menurut Chappell, menjaga diri sendiri bukanlah perkara mementingkan diri, tetapi ia membolehkan kita menjaga orang lain yang memerlukan.

Ini adalah lapan tip mudah penjagaan diri yang anda boleh lakukan di rumah walaupun ketika krisis COVID-19;

1) Senaraikan aktiviti yang membuatkan anda rasa lebih positif

Antara aktiviti yang dapat memberikan anda aura positif termasuklah berjalan santai di luar kawasan rumah, membelai haiwan peliharan, bermeditasi, melukis, memasak, mengemas rumah, mendengar Podcast atau apa sahaja yang dapat menaikkan semangat anda.

Senarai ini anda boleh letakkan dalam aplikasi ‘note’ dalam telefon pintar anda atau anda boleh lekatkan di papan tanda di dalam bilik atau di mana-mana yang mudah untuk anda lihat sebagai peringatan.

Senarai ini anda boleh letakkan dalam aplikasi ‘note’ dalam telefon pintar anda atau anda boleh lekatkan di papan tanda di dalam bilik atau di mana-mana yang mudah untuk anda lihat sebagai peringatan.

Jadi, apabila anda merasa letih atau ‘burnout’ terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, lihat semula senarai ini dan lakukan perkara yang boleh menaikkan kembali mood anda.

2) Terhadkan waktu bekerja

Ketika ini, masih ramai yang bekerja dari rumah sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Untuk mengelakkan rasa terbeban dengan kerja, tetapkan jadual bekerja di rumah sama seperti jika anda pergi ke pejabat sebelum ini.

Contohnya, jika sebelum ini anda mula bekerja pada jam 9 pagi, di rumah juga anda sepatutnya bermula kerja pada jam 9 pagi.

Tetapi jika hari anda cuti, pastikan bahan-bahan bekerja seperti komputer riba atau fail kerja diletakkan di satu tempat yang tidak boleh anda lihat. Bak kata pepatah, out of sight, out of mind.

Untuk mengelakkan rasa terbeban dengan kerja, tetapkan jadual bekerja di rumah sama seperti jika anda pergi ke pejabat sebelum ini.

3) Buat ‘Senarai Selesai’

Kebanyakan orang tidak produktif ketika krisis pandemik ini lebih-lebih lagi apabila diarahkan untuk duduk di rumah – dan ia adalah perkara yang sangat difahami.

Tetapi apabila melihat dari sudut lain, pelbagai perkara yang sepatutnya dilakukan tidak dapat dihabiskan dan ia akan membuatkan anda berasa lebih letih.

Jadi, dengan adanya ‘Senarai Selesai’, beban yang anda rasa itu dapat dikurangkan.

Tidak kira sama ada perkara itu adalah kecil atau besar, anda senaraikan apa yang perlu dilakukan dan selepas selesai, tandakan ia.

4) Mula membaca buku baharu

Jika sebelum krisis pandemik ini, anda ada membeli beberapa buah buku baharu, ini adalah masa yang sesuai untuk anda meluangkan masa membaca.

Setiap hari, cuba luangkan sekurang-kurangnya 30 minit membaca.

Ia tidak semestinya secara terus, anda mungkin boleh membahagikan masa tiga kali sehari untuk mencukupkan 30 minit itu.

Setiap hari, cuba luangkan sekurang-kurangnya 30 minit membaca.

5) Cuba senaman pernafasan

Bagi anda sering merasa letih dan tidak sedap badan, cuba senaman pernafasan mudah ini yang hanya mengambil masa lima minit!

Langkah 1: Tarik nafas selama empat saat
Langkah 2: Tahan nafas selama empat saat
Langkah 3: Hembus nafas dalam masa sempat saat
Langkah 4: Tahan nafas sekali lagi selama empat saat
Langkah 5: Ulang kesemua langkah selama lima minit

6) Bersenam

Bagi anda yang sering ke gimnasium, penutupan pusat sukan itu pastinya mengecewakan. Namun, ia bukanlah alasan untuk anda menghentikan rutin aktif yang sering dilakukan.

Ketika ini, ramai jurulatih kecergasan yang mengambil pendekatan untuk mengajak orang ramai untuk melakukan senaman di rumah masing-masing.

Ketika ini, ramai jurulatih kecergasan yang mengambil pendekatan untuk mengajak orang ramai untuk melakukan senaman di rumah masing-masing.

Walaupun ia bukanlah senaman high-intensity, namun kebanyakan pergerakan senaman yang dilakukan dapat mengembalikan mood anda.

7) Melakukan regangan badan

Selain bersenam, anda juga boleh mengambil pendekatan melakukan regangan badan bagi mengurangkan tekanan.

Anda disarankan untuk melakukan dua atau tiga regangan badan dalam kadar masa yang tertentu dan setiap regangan lakukannya selama dua minit.

8) Berlembut pada diri sendiri

Kami pasti waktu ini sukar buat anda.. Tetapi ia tidak bermakna anda perlu memarahi dan berasakan diri anda tidak bagus hanya kerana merasakan tidak bermotivasi.

Sebaliknya, anda disarankan untuk memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri.

Sematkan dalam ingatan, anda tidak berseorangan menempuhi waktu sukar ini.





Source link