Artikel Terkini

Ini lima perkara utama dari Laporan Laksana ke-12



KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu membentangkan Laporan Laksana Ke-12 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Ini lima perkara yang menjadi tumpuan dalam ucapan beliau:

1. Sehingga 6 Julai, 140 ribu individu bujang dan isi rumah telah telah menerima bantuan Bantuan Prihatin Nasional berjumlah RM120 juta daripada peruntukan RM139 juta.

2. Program Subsidi Upah: Sehingga 6 Julai sejumlah RM7.15bilion telah diluluskan bagi 310,622 majikan yang memanfaatkan lebih 2.48 juta pekerja.

3. Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) KWSP: Sehingga 6 Julai 2020, sebanyak 37,900 permohonan telah diterima dan daripadanya, 10,528 permohonan telah diluluskan bernilai RM70.4 juta bagi caruman KWSP majikan.

4. Kesedaran masih kurang dan sejak Januari 2020 hingga kini, hanya 7 peratus atau 28,425 pekerja ekonomi gig berdaftar dengan PERKESO – daripada sasaran 400,000 pekerja. 5. Dana Pinjaman Mudah PKS (SME Soft Loans Funds): Sehingga 6 Julai 2020, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan setuju diterima oleh PKS adalah RM8.7 bilion, dan ini akan memanfaatkan 21,104 PKS.





Source link

Related Posts