Artikel Terkini

Ini Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama Dengan Akaun 2 KWSP


Di antara halangan terbesar pembeli rumah adalah nak sediakan deposit 10% daripada harga rumah yang selalunya berjumlah ribuan ringgit dan ada juga yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Kemampuan kewangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda seakan-akan mustahil kerana faktor pendapatan isi rumah di Malaysia yang dilabelkan sangat rendah.

Baca : Kalau Tiada KWSP, Apa Kita Nak Buat?

Menurut Bank Negara, 4.4 juta rakyat Malaysia memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,160 atau kurang menerusi Laporan Tahunan 2018 Bank Negara Malaysia.

Selain daripada itu, Dr Suraya Ismail yang merupakan Pengarah KRI Institute berkata, jika paras upah meningkat di bandar-bandar utama yang lain, ia mampu meningkatkan keinginan orang ramai untuk mencari peluang di negeri lain, sekali gus mengurangkan kepadatan penduduk di Lembah Klang.

Baca : Kita Boleh Keluarkan Duit Akaun 1 KWSP Untuk Melabur Unit Trust

“Entry fee untuk sebuah rumah di Malaysia sangat mahal dan menjadi punca anak muda terus menyewa.”

Masalah ini nampak seolah-olah tiada penyelesaiannya. Tapi tunggu dulu!

Tahukah anda, terdapat cara yang lebih mudah, efektif dan sah di sisi undang-undang untuk kita yang ada masalah tak cukup duit deposit untuk membeli rumah?

Seorang rakyat
Malaysia yang mempunyai caruman KWSP mampu menggunakan wang di dalam Akaun 2
untuk membeli hartanah.

Baca : Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Dan Cara-Caranya

KWSP merupakan sebuah badan yang ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Tan Sri Samsudin Osman untuk membantu pekerja menyimpan sejumlah wang setiap bulanan secara konsisten, sebagai jaminan apabila pencen kelak.

Bagi membantu lebih
ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, artikel ini akan mengupas tentang
panduan beli rumah menggunakan Akaun 2 KWSP.

Panduan Lengkap Beli Rumah Dengan Akaun 2 KWSP

KWSP membenarkan
pencarum untuk merancang persaraan mereka dengan selesa dengan membenarkan
pengeluaran wang dari Akaun 2 untuk pembiayaan pembelian rumah.

Dek kerana harga
rumah yang semakin melonjak naik dan menyesakkan dada rakyat Malaysia tatkala
melihat tanda harganya, KWSP membantu apa yang tampak mustahil menjadi satu
kenyataan.

Baca : i-Invest KWSP : Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Lebih Rendah

Syarat Beli Rumah Pertama Dengan Akaun 2 KWSP

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia
  • Umur di bawah 55 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 di dalam Akaun 2
  • Tidak pernah membuat pengeluaran perumahan / membuat pengeluaran perumahan
  • Pinjaman yang diluluskan daripada peminjam yang diiktiraf ATAU
  • Melalui skim sewa kepada sendiri ATAU
  • Pembiayaan sendiri
  • Membeli hartanah jenis kediaman

Apa Yang Kita Boleh Keluarkan Untuk Beli Rumah Pertama

  Pengeluaran Individu Pengeluaran Bersama
Pinjaman Perumahan Perbezaan di antara harga belian dan jumlah pinjaman yang diluluskan + 10% daripada harga belian ATAU Seluruh tabungan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah)   Perbezaan antara harga belian dan jumlah pinjaman yang diluluskan + 10% daripada harga belian   ATAU Penjimatan keseluruhan pemohon dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah)
Pembiayaan Sendiri Kos pembelian + tambahan 10% ATAU Seluruh tabungan dalam Akaun 2 (yang mana lebih rendah) Kos pembelian + tambahan 10% ATAU Penjimatan keseluruhan Akaun 2 pemohon (yang mana lebih rendah)

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Beli Rumah Dengan Akaun 2 KWSP

  • Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai
    Semak
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk
    pengemukaan mel / pengesahan cap ibu jari
  • Salinan dokumen pengenalan yang
    asal untuk pengesahan (Bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Perjanjian Jual Beli – tidak
    melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
  • Buku catatan atau salinan penyata
    akaun bank anda (untuk tujuan pengesahan)

Info Untuk Pembeli Rumah Pertama Dengan Akaun 2 KWSP

Buat pengetahuan anda, ciri iri pinjaman atau pembiayaan rumah adalah berbeza untuk rumah pertama dan rumah kedua.

Di dalam artikel
ini, kami hanya menerangkan tentang penyusunan dokumen yang diperlukan bagi
pembeli rumah pertama dengan Akaun 2 KWSP.

Setiap dokumen
adalah wajib dan diperlukan dalam memastikan segala proses permohonanan anda
berjalan dengan lancar.

1. Pinjaman

Bukti Pembelian Perjanjian Jualan dan Pembelian (tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bukti Pembiayaan Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Perjanjian Pinjaman Perumahan / Borang Gadaian 16A / Surat Ketetapan Penyerahan / Surat Ikatan yang ada dalam nama ahli / pasangan* Jika kelulusan pinjaman melebihi satu tahun
Bukti Hubungan Sijil perkahwinan ATAU Sijil kelahiran Wajib untuk pengeluaran bersama dengan suami / isteri / orang tua / mertua / orang tua angkat / ibu bapa langkah / anak / langkah anak / anak angkat / adik-beradik.

2. Pembiayaan Sendiri

Bukti Pembelian Perjanjian Jualan dan Pembelian (tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bukti Pembayaran Penerimaan pembayaran tidak kurang daripada 20% daripada harga hartanah
Bukti Pembelian Tunai Surat Pengesahan Pemaju mengenai pembelian tunai. Mesti mengandungi maklumat mengenai butiran hartanah
Bukti Pembinaan Surat Pengesahan Pemaju mengenai pembelian tunai. Mesti mengandungi maklumat mengenai butiran hartanah. Sijil Arkitek / Surat Permintaan Pembayaran untuk kemajuan pembinaan tidak kurang daripada 20% ATAU Certificate of Fitness – CF / Certificate of Occupation- CO
Bukti Hubungan Sijil perkahwinan ATAU Sijil kelahiran Wajib untuk pengeluaran bersama dengan suami / isteri / orang tua / mertua / orang tua angkat / ibu bapa langkah / anak / langkah anak / anak angkat / adik-beradik

Ya, memang segala
syarat dan dokumen yang diperlukan adalah sedikit melecehkan, tetapi sekiranya
segala dokumen anda lengkap, KWSP hanya mengambil masa kurang daripada 15 hari
untuk meluluskan permohonan anda!

Pastikan anda
merancang pembelian rumah pertama dan persaraan dengan baik supaya tidak
mengalami masalah kewangan di masa hadapan.

Sekiranya anda masih kurang faham dengan penjelasan dari artikel ini, jangan khawawtir kerana anda boleh hubungi pihak KWSP.

Khidmat Pelanggan: Pertanyaan KWSP
Nombor Telefon: 03-89226000



Source link