Artikel Terkini

InvestSmart® Fest 2019: Dapatkan Ilmu Pelaburan Bermula Jumaat Ini Di Mid Valley, Masuk Percuma


Acara yang dinanti-nantikan setiap tahun iaitu InvestSmart® Fest kembali lagi.
Dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), ianya akan diadakan
dari hari Jumaat 18 Oktober sehingga hari Ahad 20 Oktober 2019. Bertemakan
“Invest Smart” atau “Bijak Labur”, banyak ilmu pelaburan
yang kita akan perolehi di bawah satu bumbung.

Banyak Pilihan Pelaburan Yang Ada

Jika
dilihat senarai peserta pameran di atas, rambang mata dibuatnya. Kita ada syarikat-syarikat
terkemuka dalam pelaburan saham, unit amanah (unit trust), Real Estate
Investment Trust (REIT) atau Amanah Pelaburan Hartanah dan bermacam-macam lagi.

Sepertimana
yang kita tahu, setiap pelaburan adalah unik. Dan tak terdapat satu pelaburan
yang sesuai untuk semua orang, ianya bergantung kepada umur, toleransi risiko,
objektif pelaburan, jangka masa pelaburan dan banyak lagi. Bolehlah
berjalan-jalan sambil buat perbandingan produk pelaburan mana yang bersesuaian
dengan kita.

Agensi
kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia
(BNM), Kementerian Kewangan, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) pun
ada. Boleh tanya mereka yang bertugas jika terdapat sebarang kekusutan.

Alang-alang
dah jalan keliling dewan pameran tu nanti, kumpul sebanyak mana goodie bag yang mampu kita bawa.

“Digital Pavilion”

Kita sekarang menuju ke arah era digital, rugi kalau tak
ambil tahu perkembangan terkini dalam dunia digital ini dengan menghadiri
“Digital Pavilion”. Banyak syarikat-syarikat terkemuka dalam bidang Pendanaan
Ekuiti Ramai(Equity Crowfunding), Pendanaan
Hartanah Ramai (Property Crowdfunding), Penasihat Robot (Robo Advisory), Pembiayaan
Rakan Setara (Peer-to-peer Financing) dan Tukaran Aset Digital (Digital Asset
Exchanges).

Buatlah persediaan dari awal, dan bertanya mereka yang pakar
dalam bidang digital ini. Kalau tak, anda bakal ketinggalan pula nanti.

Ramai Speaker Yang Pakar Dan Berpengalaman

Tengok barisan speaker dan panelis, memang teruja sangat. Kita
ada Tuan Haji Asri Ahmad dan Tuan Nazarry Rosli yang pakar dalam pelaburan
saham, kita ada Tuan Shahrol Nizam dan Izmir Mohammad yang pakar dalam unit
amanah, Tuan Ameer Ali Mohamed yang merupakan seorang Perancang Kewangan; dan
ramai lagi yang sememangnya pakar dalam bidang masing-masing.

Hari pertama acara iaitu pada hari Jumaat jam 3 petang,
temui tokoh ilmuwan negara dan antarabangsa, Datuk Dr Daud Bakar. Beliau
merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan bagi Amanie Advisors, sebuah firma
penasihat Syariah terkemuka di dunia. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Negara Malaysia dan
banyak lagi. Temui beliau dan juga Ustaz Don Daniyal, ustaz selebriti yang
tidak asing lagi di dalam forum yang bertajuk “Mencari Keberkatan Dalam
Pelaburan”.

Juga Dapatkan Khidmat Nasihat Kewangan Daripada Pakar

Anda sedang berdepan dengan masalah kewangan dan tak tahu
nak tanya siapa? Ada masalah nak menyimpan dan tak tahu nak melabur kat mana?
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan khidmat penilaian perancangan kewangan daripada
para perancang kewangan berlesen di gerai pameran “#FinPlan4u”.

Bila dah tahu masalah yang dihadapi, punca masalah tersebut
dan cadangan daripada mereka yang pakar untuk mengatasinya; barulah rasa lega
sikit kan? Seolah-olah dah nampak cahaya di hujung terowong.

Jumpa Di Sana

Ayuh beramai-ramai ke InvestSmart® Fest 2019 yang akan dianjurkan di Dewan
Pameran 1, Mid Valley Convention Centre pada hari Jumaat 18 Oktober sehingga
hari Ahad 20 Oktober 2019. Masuk adalah percuma, jadi bawa sekali ayah, ibu,
abang, kakak, anak-anak, saudara-mara dan rakan-rakan semua. Semoga lebih ramai
lagi orang akan terbuka mata dan minda mengenai pelbagai pilihan pelaburan yang
sah yang terdapat di negara kita.

Cukup-cukuplah tu terlibat dengan skim cepat kaya, yang
akhirnya merugikan. Nak
melabur ni kena ada ilmu, kalau tak melebur namanya. Jadilah seorang
pelabur yang bijak dan berpengetahuan, jumpa anda di sana!

Infografik/Artikel ini
dibawakan kepada anda oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelajari peluang dan
pilihan pelaburan di dalam pasaran modal Malaysia, dan bagaimana anda boleh
melabur untuk masa depan anda, dengan menghadiri
InvestSmart® Fest
2019.

Komen

komen





Source link