Uncategorized

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 1


IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 2

Lagi satu IPO baru bakal disenaraikan pada bulan September tahun ini, iaitu MTAG Group Berhad.

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 3
Sumber: Bursa Malaysia

Permohonan dibuka pada hari Isnin 19 Ogos 2019 dan akan ditutup pada hari Jumaat 6 September 2019. Ianya dijangka disenaraikan di papan ACE di Bursa Malaysia pada hari Rabu 25 September 2019.

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 4
Sumber: Bursa Malaysia

MTAG Group dijangka dapat dana sebanyak RM72 juta melalui IPO yang akan dijalankan ini. Sebanyak 136 juta saham baru akan dikeluarkan pada harga RM0.53 seunit.

Siapa MTAG Group Berhad Ni?

MTAG Group adalah sekumpulan syarikat yang terdiri daripada Toyo Sho Industrial Products Sdn Bhd, Intag Industrial Supplies Sdn Bhd, dan Intag Steel Hardware Sdn Bhd.

MTAG Group berpangkalan di Johor Bahru dan mempunyai kilang mereka yang tersendiri.

Apa Produk MTAG Group Berhad?

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 5
IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 6
IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 7
Sumber: https://mtaggroup.com/

Banyak juga produk keluaran mereka seperti label, stiker, pita pelekat dan keluli.

Prestasi Kewangan MTAG Group Berhad

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 8
Sumber: Prospektus

Terbaik juga kewangan syarikat untuk tiga tahun kebelakangan ini. Perolehan meningkat, keuntungan juga meningkat naik. Earnings Per Share (EPS) juga naik dengan mendadak.

Untuk Tujuan Apa MTAG Group Berhad Guna Duit RM72 Juta Daripada IPO?

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 9
Sumber: Prospektus

Perbelanjaan terbesar syarikat adalah untuk membeli tanah dan juga membina kilang yang baru bagi menyokong pertumbuhan syarikat. Hanya 13.8% saja yang akan digunakan untuk membayar hutang-hutang syarikat.

Siapa Di Sebalik Tabir MTAG Group Berhad?

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 10
IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 11
IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 12
Sumber: https://mtaggroup.com/corporate-info/directors-backgrounds/

Terbaik, dalam ramai-ramai pengarah lelaki, ada seorang juga pengarah wanita iaitu Puan Dyana Sofya.

Status Patuh Syariah MTAG Group Berhad

Alhamdulillah terbaik, menurut BIMB Securities (Bank Islam) adalah patuh Syariah. Jadi kita sebagai orang Islam boleh beli tanpa was-was.

Boleh Beli IPO MTAG Group Berhad Secara Online

Bagi mereka yang berminat nak beli IPO MTAG Group ni, boleh rujuk Tutorial Bergambar Mohon Saham IPO Menggunakan Maybank2U (TERKINI) dan Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks.

Rahsia Nak Lulus IPO Dengan Mudah

Tunggu sekejap, sebelum nak apply IPO ni pastikan kita tahu rahsia IPO nak senang lulus. Patutlah kita tengok ada orang bila dia mohon IPO je konfem dapat. Tapi kita ni yang dah banyak kali cuba, tapi tak dapat-dapat.

Nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia.

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 13

IPO MTAG Group Berhad Dah Boleh Beli Online 14

Komen

komen





Source link