Uncategorized

iProperty.com.my Melancarkan Data Analisis Aliran Permintaan Untuk Tatapan Umum Buat Pertama Kali

iProperty.com.my Melancarkan Data Analisis Aliran Permintaan Untuk Tatapan Umum Buat Pertama Kali 1


iProperty.com.my Melancarkan Data Analisis Aliran Permintaan Untuk Tatapan Umum Buat Pertama Kali 2

(Kiri ke kanan) Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar Solusi Data Pengguna, REA Group Asia dan Sean Liew, Pengurus Besar; Pemaju iProperty.com.my di majlis pelancaran iProperty.com.my Portal Data Analisis Aliran Permintaan separuh pertama 2019

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2019 –  iProperty.com.my secara rasminya melancarkan
analisis permintaan hartanah semasa bagi hartanah kediaman di Malaysia.
Bertajuk iProperty.com.my Portal Data
Analisis Aliran Permintaan separuh pertama 2019
(iProperty.com.my H1 2019
Portal Demand Analytics), analisis ini memberikan gambaran makro yang telus
bagi trend permintaan semasa menggunakan jumlah kunjungan pengguna portal ini
serta data penyenaraian hartanah di pasaran hartanah kediaman Malaysia dengan tumpuan
khusus di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Empat negeri ini
menyumbang lebih daripada 60% bahagian pasaran transaksi.

Analisis ini, dengan data
tambahan yang dikumpulkan daripada brickz.my, bertujuan untuk memberikan
gambaran kepada pembuat polisi dan pemaju hartanah bagi pilihan kediaman
penduduk Malaysia. Sebagai portal hartanah nombor 1 di Malaysia,
iProperty.com.my memperoleh jutaan kunjungan setiap bulan. Tingkah laku masa
nyata ini menunjukkan di mana letaknya permintaan kediaman di peringkat negara
(lawatan laman web), berbanding dengan bekalan (senarai hartanah di laman web).

Dikumpul
dan diterbitkan untuk pertama kalinya di Malaysia, titik data permintaan ini
belum pernah dapat diakses di rantau ini sebelum ini. Dengan tujuan mencetuskan
perbincangan di kalangan pihak berkepentingan, data analisis ini juga berfungsi
untuk menyelaraskan pemain industri dengan sentimen pasaran untuk memudahkan
membuat keputusan yang lebih baik.

“Data permintaan yang
dibentangkan dalam data analisis ini mewakili sentimen pengguna. Kami melihat
banyak laporan dan penyelidikan di bahagian penawaran, analisis ini sebaliknya
melihat dari sisi permintaan. Ia menyampaikan maklumat dari kaca mata pengguna.
Analisis ini adalah yang pertama seumpamanya dan memberikan pandangan yang
berharga bagi semua pemegang taruh.

Dengan data analisis ini juga,
kami berharap semua pihak berkepentingan yang berkaitan dapat menilai maklumat
untuk memahami pasaran tempatan dengan lebih baik, yang mencerminkan pasaran
permintaan, “kata Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar Solusi Data
Pengguna, REA Group Asia.

Apartmen servis kian popular

Secara keseluruhannya, data analisis menunjukkan terdapat peningkatan
pada kunjungan dan penyenaraian di peringkat kebangsaan; Walau bagaimanapun,
pertumbuhan kunjungan mengatasi kenaikan penyenaraian, menghasilkan peningkatan
permintaan hartanah negara sebanyak + 4.1%. Selaras dengan sentimen keseluruhan
di pasaran hartanah, trend untuk tahun 2018 dan seterusnya 2019 adalah faktor
mampu milik dengan lebih banyak Apartmen Servis memasuki pasaran. Jenis
kediaman ini semakin popular kerana harga yang berpatutan dan lokasinya di
kawasan yang strategik.

Apartmen Servis mengalami
pertumbuhan permintaan yang paling ketara pada + 14.7%, disumbangkan oleh
kunjungan yang berpindah daripada Kondominium. Walau bagaimanapun, Apartmen
Servis (dengan 11% daripada jumlah kunjungan) masih lagi jauh untuk mengejar
prestasi Kondominium (dengan 23% daripada jumlah kunjungan).

Data analisis itu menambah bahawa
daya tarikan Apartmen Servis juga melampaui faktor mampu milik. Daya tarikan
lain termasuk alamat yang dianggap berprestij, akses kepada pengangkutan awam
dan ketersediaan perkhidmatan komersil seperti kedai makanan dan minuman.
Pembinaan baharu jenis kediaman ini di lokasi yang sesuai telah menambah minat
orang ramai. Pada masa ini, Apartmen Servis mewakili kira-kira 3% daripada
bahagian pasaran kediaman sekunder.

Rumah Teres pula memperlihatkan
pertumbuhan permintaan yang agresif sebanyak +3.7% (dengan 32% daripada jumlah
kunjungan). Rumah Teres, yang merupakan separuh daripada bahagian pasaran
transaksi di Malaysia, masih lagi jenis kediaman yang lebih popular dan juga
mengekalkan pertumbuhan modal positif sebanyak + 6.7% dengan pertumbuhan
permintaan sebanyak + 3.7%.

Secara ringkasnya, data analisis
ini menyimpulkan bahawa empat pasaran perumahan tertinggi di Malaysia adalah
KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor; Permintaan di KL meningkat sebanyak +
3.8%, Selangor pada + 9.8%, manakala Pulau Pinang dan Johor masing-masing
menurun sebanyak -4.4% dan -16.1%. Kawasan dengan permintaan tertinggi di KL,
Selangor, Pulau Pinang dan Johor adalah Batu Caves, Dengkil, Batu Kawan dan
Batu Pahat. Pecahan prestasi oleh negeri-negeri terus dianalisa lagi dalam data
analisis ini. 

Sebagai peneraju dalam industri
penyenaraian hartanah tempatan, iProperty.com.my telah melaburkan masa hampir
setahun bagi penyelidikan, perancangan dan pengumpulan maklumat untuk
menghasilkan data analisis eksklusif ini. Data analisis ini merupakan edisi pertama
dan edisi seterusnya akan tersedia pada masa akan datang untuk memberikan
maklumat bernilai berkaitan pasaran hartanah tempatan. Melalui teknologi data
besar, data analisis ini menyediakan pemilik harta dan semua pihak
berkepentingan, maklumat komprehensif mengenai permintaan yang sedia ada untuk
projek tertentu.

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group Limited merupakan
sebuah syarikat pengiklanan global dengan pegkhususan dalam bidang hartanah.
Perniagaan kami dipacu inovasi dan bertunjangkan nilai, dan mempunyai lebih
daripada 1,600 orang pekerja, semuanya menjunjung satu matlamat, iaitu ‘untuk
mengubah cara dunia menikmati hartanah’. REA menggunakan teknologi terkini
untuk menghasilkan produk dan pengalaman yang inovatif buat semua pengguna kami
di seluruh dunia.

Di Australia, Kumpulan REA
mengendalikan laman web perumahan, komersil dan hartanah untuk perkongsian yang
terkemuka – realestate.com.au, realcommercial.com.au, flatmates.com.au – dan
juga Spacely, laman web hartanah bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang
pejabat bagi jangka masa pendek.

Jumlah pengguna besar ini yang
ingin membeli, menjual, menyewa atau berkongsi hartanah secara langsung
membekalkan data dan maklumat berharga mengenai bagaimana orang ramai membuat
carian hartanah. REA juga merupakan pemilik Hometrack Australia, penyedia
perkhidmatan data hartanah yang terkemuka. Bagi pekhidmatan kewangan pula,
kumpulan REA juga adalah pemilik Smartline, salah satu kumpulan francais
pembrokeran gadai janji utama Australia.

Asia merupakan rantau hartanah
yang paling pesat berkembang di dunia dan kekal penting dalam strategi global
Kumpulan REA. Operasi Kumpulan REA Asia termasuk portal hartanah terkemuka di
Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), Hong Kong (squarefoot.com.hk
dan SmartExpo) dan Thailand (ThinkofLiving.com). Kami juga mempunyai portal
yang dikenali ramai di Singapura (iProperty.com.sg) dan China (myfun.com).
Laman web, aplikasi dan acara-acara hartanah Kumpulan REA menyediakan
perkhidmatan hartanah yang paling komprehensif di seluruh Asia Tenggara.

Ibu pejabat iProperty.com.my terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan kunjungan lebih daripada 3 juta pengguna setiap bulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka, dan menawarkan penkhidmatan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Selain dari rantau Asia, REA adalah pemegang saham utama Move, Inc. di Amerika Syarikat (pengendali realtor.com) dan Elara di India, yang mengendalikan Housing.com, PropTiger dan Makaan.

iProperty.com.my Melancarkan Data Analisis Aliran Permintaan Untuk Tatapan Umum Buat Pertama Kali 3

iProperty.com.my Melancarkan Data Analisis Aliran Permintaan Untuk Tatapan Umum Buat Pertama Kali 4

Komen

komen





Source link