Artikel Terkini

Isteri Jangan Marah Suami Kalau Dapur Sempit! 5 trik untuk anda ikut.


Cerita dapur sempit ni pasti ramai wanita kat luar sana mengeluh dan berbunyi kalau ada dan miliki dapur yang terhad keluasannya. Jangan lah marah Encik suami, sian dia dah beli rumah bagi isteri tersayang duduk kena marah pula sebab dapur sempit.

Isteri kena la pandai dan bijak bila mengemas dan menyusun ruang dapur agar selesa dan sesuai dengan keadaan. Jom IMPIANA share kan sikit langkah macam mana untuk anda semua.

  1. Manfaatkan ruang tengah di antara kabinet dapur atas dan kabinet dapur bawah. Ruang tengah ini biasanya ditampal dengan jubin untuk mengelakkan dinding menjadi kotor dan berminyak. Namun, ruang ini anda boleh jadikan sebagai ruang kedua untuk menyimpan pinggan atau mengantung perkakasan memasak seperti senduk, pengepit, gunting dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda boleh menjimatkan sedikit sebanyak ruangan dalam laci kabinet dapur anda.

2. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.

3. Di bahagian belakang pintu dapur juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengantung periuk, kuali, kain lap atau barang-barang yang anda rasa relevan untuk diletakkan di tempat tersebut. Tetapi janganlah terlalu banyak, nanti sukar pula nak tutup/buka pintu dapur.

4. Jika rajin, buat label di kabinet dapur agar barang tidak disimpan secara sesuka hati. Secara tidak langsung, ini akan membantu mendisplinkan diri anda dan juga penghuni yang lain.

5. Bagi menambahkan lagi kekemasan dalam dapur, gunakanlah balang-balang yang kedap udara dan sama saiz untuk menyimpan bahan-bahan masakan agar ia nampak selari dan teratur.

 

 



Source link