Uncategorized

Jalil mulakan tugas CEO PNB pada 1 Oktober – Abdul Rahman

Jalil mulakan tugas CEO PNB pada 1 Oktober - Abdul Rahman 1



Jalil mulakan tugas CEO PNB pada 1 Oktober - Abdul Rahman 2

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) melantik Jalil Rasheed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pelaburan itu, berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Perkara ini disahkan oleh Presiden dan CEO PNB sekarang, Datuk Abdul Rahman Ahmad melalui sebuah sidang taklimat khas yang diadakan di ibu pejabat PNB petang Rabu.

Menurut Rahman, Yayasan Pelaburan Bumiputra dan Suruhanjaya Sekuriti telah mengadakan pertemuan pada awal hari ini dan bersetuju untuk melantik Jalil Abdul Rasheed (CEO Invesco) sebagai CEO PNB baharu.

Sementara itu, Rahman juga mengesahkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd (Sime Darby) berkuat kuasa 31 Oktober ini.

Kontrak Rahman di PNB akan tamat pada 20 September ini.

SIAPA JALIL?

Jalil Rasheed merupakan seorang warga Malaysia dan telah berkhidmat di beberapa institusi kewangan di dalam dan di luar negara. 

Beliau kini menjawat jawatan CEO (Asia Tenggara) bagi syarikat pelaburan Invesco dan sedang menetap di Singapura. Jalil dijangka akan meletakkan jawatan beliau di Invesco dalam minggu ini.


Jalil sebelum ini pernah diwawancara oleh Astro AWANI, tentang beberapa perkara, termasuk setahun memasuki era Malaysia Baharu

Sehingga petang Rabu, pihak PNB masih belum lagi mengumumkan secara rasmi perlantikan Jalil sebagai CEO baharu syarikat itu. 

Selain pengumuman yang dibuat oleh Rahman, beberapa laporan media telah memetik beberapa sumber yang menyatakan bahawa perlantikan Jalil telah sudah dimeterai, dan sekarang ini, hanya menunggu ‘masa yang sesuai’ untuk membuat pengumuman tersebut.


Jalil memberi pendapat tentang penggabungan Axiata dan Telenor ketika diwawancara oleh Astro AWANI





Source link

Related Posts