Uncategorized

Jaminan Penghantaran Hari Berikutnya Dengan Shopee24 Express Delivery

Jaminan Penghantaran Hari Berikutnya Dengan Shopee24 Express Delivery 1


KUALA LUMPUR, 20 JUN 2019
Tabiat membeli-belah dalam talian berkembang pesat disebabkan oleh
faktor-faktor seperti harga berdaya saing, kesenangan serta aksesibiliti yang
ditawarkan oleh dunia e-dagang. Mengimbas kembali permulaan pasaran e-dagang,
pelanggan perlu menunggu lebih daripada seminggu untuk menerima pesanan mereka
dan lebih lama lagi jika produk dihantar dari luar negara. Namun, Shopee
berjaya mengurangkan masa penghantaran kepada kira-kira dua hingga tiga hari
menerusi sistem penyisihan dan penjejakan bungkusan yang lebih baik, operasi
lebih cekap dan hubungan lebih rapat yang terjalin dengan rakan-rakan logistik.

Hari ini, Shopee,
platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan serba
baharu – Shopee24 Express Delivery
(Shopee24) – penghantaran ekspres yang pasti menjadi penukar permainan industri
besar. Shopee24 menjamin penghantaran hari berikutnya kepada pengguna Shopee
jika pesanan dibuat sebelum 2pm (kecuali Ahad dan hari cuti umum). Jika tidak,
penghantaran berikutnya akan dibuat secara percuma. Shopee24 ditawarkan untuk
lebih daripada 10,000 barangan berjenama seperti Nescafe, Dutch Lady, Drypers,
Dove, Dettol, Khind, Philips dan banyak lagi. 
Semua barangan boleh dikenal pasti menerusi tag “Shopee24”.  Buat masa ini, Shopee24 boleh didapati untuk
pengguna di Lembah Klang bagi menunaikan permintaan pengguna yang mahu
penghantaran segera apabila mereka membeli-belah dalam talian.

Jaminan Penghantaran Hari Berikutnya Dengan Shopee24 Express Delivery 2

“Penghantaran merupakan aspek penting dalam pembelian dalam talian. Kami mendapati bahawa pengguna bukan sahaja mahu menerima barangan yang dibeli dalam talian dalam keadaan baik namun semakin ramai juga mahukan penghantaran yang lebih cepat. Oleh sebab itu, kami memperkenalkan perkhidmatan Shopee24 Express Delivery untuk menunaikan permintaan bagi penghantaran lebih pantas, bermula dengan Lembah Klang dan seluruh Malaysia pada masa akan datang. Sebagai sebuah platform e-dagang, keupayaan untuk menjamin penghantaran ekspres bagi pelbagai produk tanpa mengenakan caj yang tinggi bukan sahaja akan mengubah cara rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian tetapi juga dijangka memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat Malaysia dengan memberi lebih kesenangan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

Untuk merayakan
pelancaran Shopee24 dan memastikan tawaran yang terbaik, Shopee juga
memperkenalkan kempen Shopee 7.7 Orange
Madness
. Dari 24 Jun hingga 7 Julai, pengguna Shopee boleh menikmati
diskaun hebat dan merebut tawaran promosi khas serta menyertai permainan dan
banyak lagi:

  • Jualan Kilat Shocking Sale
    RM0.77 –
    Shocking
    Sale
    Shopee akan berlangsung setiap hari, sehingga tujuh kali sehari dengan
    tawaran harga serendah RM0.77.
  • Hadiah Terjamin “One or Not”?
    Pengguna boleh membeli dari senarai yang mengandungi
    lebih daripada 40 barangan bernilai tinggi termasuk Xiaomi Mi 9T, Samsung
    Galaxy S10, Haier 50” Ultra HD Smart LED TV, drone DJI Tello Boost Combo, set
    Nintendo dan Jam Tangan Pintar Fitbit Versa Health & Fitness pada harga RM1 sahaja.  Jika pelanggan tidak terpilih sebagai
    pembeli, Shopee jamin bayaran balik RM1 ke dalam kad kredit atau Shopee wallet
    mereka.
  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan
    minimum RM27.
  • Jumlah baucar bernilai RM7 juta untuk direbut
    dan diskaun hingga 90% untuk semua
    kategori.
  • Shopee Quiz pada12.00pm
    setiap hari kerja yang memberi peluang kepada pengguna untuk memenangi sehingga
    dua juta Shopee Coins apabila mereka
    menjawab lapan soalan dengan betul. Mereka akan mendapat hayat tambahan apabila
    merujukkan kawan untuk turut menyertai kuiz.

Pelancaran kempen Shopee24 dan 7.7 Orange Madness berlangsung semasa Rumah Terbuka Hari Raya Shopee dalam suasana meriah dan bergaya.  Tetamu-tetamu dan wakil media jemputan menikmati jamuan makan tengah hari di W Kuala Lumpur dan dilimpahi hadiah-hadiah menarik daripada cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti.

Jaminan Penghantaran Hari Berikutnya Dengan Shopee24 Express Delivery 3

Ahli Shopee
Selebriti Skuad Shalma Ainaa, Sophia Liana, Fynn Jamal, Nana Mahazan, Zoey
Rahman, Irma Hasmie, Nazeera Sardi, Nora Danish, Elyana dan Ifa Raziah turut
hadir dan menerima hadiah tanda penghargaan kerana sokongan mereka yang berterusan
kepada Shopee.  Nikmati tawaran khas
sebanyak 17% bagi kedai rasmi pelbagai selebriti di Shopee sepanjang kempen 7.7 Orange Madness.

Selain daripada
itu, pengguna boleh mengikuti siaran Shopee
Live
dan menyaksikan sesi penstriman langsung setiap hari oleh jenama dan
penjual tentang produk terkini dan ulasan mengenainya. Mereka juga berpeluang
untuk memenangi hadiah, mendapatkan baucar menarik dan berbual dengan selebriti
terkenal dan tokoh berpengaruh apabila mereka menjadi juruacara siaran. Shopee Live adalah ciri terbaharu Shopee
yang telah menyiarkan kandungan menarik termasuk pengumuman jantina bayi
Sarimah dan juga menyaksikan lebih 2,000 unit lipstik terbaharu Beautyra dijual
dalam beberapa minit. 

Manfaat rakan kerjasama:

Berpegang teguh
kepada slogan iklannya “Creating
Safe and Connected Communities”
, kipleHome, sebuah penyelesaian
pengurusan kediaman akan memperkenalkan Shopee24 dalam aplikasinya untuk
membolehkan pengguna kipleHome merasai kesenangan membeli-belah tanpa batasan.
Untuk memperingati pakatan berkongsian dengan Shopee, kipleHome akan
mengagihkan jumlah baucar Shopee bernilai RM10,000 kepada pengguna kipleHome
untuk pembelian pertama kali dari laman koleksi khas Shopee24 bermula 1 Julai
2019.  Perkhidmatan Shopee24 akan
memanfaatkan lebih daripada 80,000 pengguna berdaftar kerana kipleHome dijangka
menarik sejumlah 400 komuniti kediaman menjelang hujung tahun ini.

Dunkin’ Donuts
memulakan perjalanan e-dagangnya di Malaysia dengan pelancaran kedai rasminya
di Shopee pada 27 Jun. Rakyat Malaysia boleh mendapat baucar donut dan minuman
yang boleh ditebus di mana-mana kedai Dunkin’ Donuts di seluruh negara. Untuk
merayakan kempen 7.7 Orange Madness,
Dunkin’ Donuts menawarkan kepada pengguna tiga donut pada harga RM7.70 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/7-7

Mengenai Shopee

Shopee
ialah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini
direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah
yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang
kukuh.

Shopee
akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang
pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari
kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi
& permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee,
sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah
berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea
merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan
kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk
menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan
teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol
SE.

Jaminan Penghantaran Hari Berikutnya Dengan Shopee24 Express Delivery 4

Komen

komen





Source link