Artikel Terkini

Jangan Buang Dulu! Kerusi Solek 10 Tahun Diberi Nafas Baharu Jadi Lebih Menarik


Setiap yang lama, pasti akan digantikan dengan yang baru. Tapi tak dinafikan, kadangkala terasa sayang nak ganti lain, mengenangkan nilai sentimental yang dibawa bersama. Lebih-lebih lagi jika barangan yang masih baik dan boleh digunakan. Tidakkah rasa seperti sesuatu pembaziran jika dibuang begitu saja?

Kini, ramai yang kreatif dan rajin. Jadi bagaimana jika ambil perabot atau barangan lamatersebut dan ubahsuai menjadi sesuatu yang tampak baru, menarik dan praktikal.

Seperti yang dilakukan oleh Shida Abd Hamid yang upcycle kerusi meja solek klasik miliknya menjadi lebih moden dan selesa! Menarik dan yang penting, tak perlu pun keluarkan kos yang banyak. Jom kita lihat;

Bahan-bahan :

1. Kerusi lama
2. Cat
3. Span
4. Kain
5. Stapler
6. Hot glue gun

Cara-cara :

  1. Kerusi meja solek yang sudah tidak digunakan ini berusia hampir 10 tahun. Lap dan bersihkan dari habuk atau apa-apa kotoran yang melekat.

2. Cat pada bahagian yang anda mahukan, saya cat bahagian kaki kerusi. Kemudian tunggu hingga betul-betul kering.

3. Setelah kering, ambil span dan lekat menggunakan hot glue gun pada tempat duduk.

4. Ambil kain (saya gunakan kain terpakai, lebihan sarung bantal anak) dan balutkan pada span. Kemaskan kemudian stepler. Mengikut kreativiti masing-masing, lapik span ini ada pelbagai caranya.

5. Dah siap!

 



Source link