Artikel Terkini

Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat – Dr Jomo Kwame

81569409217 jomo - Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame



61569409229 jomo - Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame

KUALA LUMPUR: ‘Jangan letak harapan terlalu tinggi.’

Itu kata pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram mengenai kemungkinan ekonomi negara akan pulih dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, business as usual adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku dalam tempoh dua tahun ini.

“Jangan cuba menenangkan hati kononnya ekonomi akan pulih penghujung tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya,” katanya dalam perbincangan webinar bertajuk Post-COVID-19: Should there be a New Economic Model? With Dr Jomo Kwame Sundaram anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) di sini, pada Sabtu.

 

Mengulas lanjut, Dr Jomo Kwame yang juga bekas Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu memberitahu, majoriti aktiviti ekonomi negara terutamanya sektor makanan dan tenaga akan terjejas teruk dan bakal menyaksikan pengurangan tenaga kerja. Ini kerana katanya, tempoh pandemik ini telah mengajar dunia ekonomi dengan normal baharu untuk beroperasi menggunakan tenaga kerja paling minimum.  

Beliau berpendapat Malaysia perlu meneroka pelbagai bidang baharu termasuk penyelidikan penyakit tropika.

Katanya negara-negara miskin seperti Cuba sekali pun mampu membangunkan penyelidikan penyakit tropika di negara mereka dan jika dibandingkan dengan negara ini, Malaysia dilihat lebih maju. 

Namun katanya, tempoh genting ini telah membuka peluang luar biasa untuk setiap negara termasuk Malaysia mempelajari perubahan landskap dunia.

Ekoran itu beliau berharap kerajaan dapat memanfaatkan ruang ini untuk melaksanakan polisi-polisi baharu yang berkaitan.





Source link

Related Posts