Artikel Terkini

Jangan salah bagi ubat, setiap sektor ekonomi berbeza – Pakar ekonomi



KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa memberi ‘ubat’ yang sewajarnya kepada setiap sektor ekonomi berdasarkan ‘kecederaan’ yang dialami ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Pun begitu, pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari mengingatkan kerajaan supaya tidak salah memberi ‘ubat’ memandangkan setiap sektor memerlukan ‘rawatan’ yang berbeza.

Katanya setiap sektor yang berbeza memerlukan strategi dan pelan yang berbeza bergantung kepada situasi masing-masing.

“Kita sudah mengalami ‘kecederaan’ yang disebabkan oleh COVID-19 dan kerajaan perlu memberi ‘ubat’ yang betul untuk merawat ‘kecederaan’ itu menerusi Pakej Pemulihan Ekonomi,” katanya ketika ditemubual oleh Astro AWANI di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Yusof menjangkakan ekonomi negara akan  menyaksikan pertumbuhan positif yang lebih besar pada suku kedua tahun ini.

Beliau dengan optimis memberitahu,  adalah sesuatu yang tidak mustahil ekonomi negara untuk pulih meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia meramalkan ekonomi dunia akan mencatatkan negatif sepanjang tahun ini.

Ini kerana katanya, pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pakej Pemulihan Ekonomi yang akan diumumkan kelak dilihat mampu mengimbangi kesan negatif terhadap ekonomi susulan pelaksanaan PKP.





Source link

Related Posts