Uncategorized

Jeddah Season Bawakan Dunia dengan Pengalaman Berbilang Budaya di Arab Saudi


JEDDAH, Arab Saudi, 10 Julai 2019 /PRNewswire/ — Beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan perubahan lautan di Arab Saudi, tatkala Kerajaan Arab Saudi meneruskan laluan ekonomi dan kepelbagaian budayanya sejajar dengan matlamat dalam Wawasan 2030, hala tuju bercita-cita tinggi Kerajaan untuk masa depan. Aspek utama rancangan ini ialah pembangunan selanjutnya sektor perjalanan dan pelancongan, dengan Kerajaan Arab Saudi mengambil langkah berani untuk meninjau potensi yang belum diterokai sebagai destinasi untuk pengembara santai. Secara tradisinya menarik aliran mantap pengunjung antarabangsa melalui industri pelancongan agamanya yang berkembang maju, Arab Saudi kini meletakkan kedudukannya sebagai destinasi global yang utama dengan tarikan sejagat melalui pengenalan kepada tempat-tempat tarikan yang menarik dan acara-acara hiburan bertaraf dunia.

Telah lama dianggap sebagai ibu kota kebudayaan Arab Saudi, bandar pantai Jeddah kini menjadi pelopor untuk dorongan ini bagi mengukuhkan kedudukan Kerajaan Arab Saudi sebagai destinasi pelancong dengan pelbagai tawaran kepada pengunjung dari seluruh dunia. Secara tradisinya berperanan sebagai gerbang utama untuk jemaah haji yang berkunjung ke bandar-bandar suci Mekah dan Madinah, Jeddahmempunyai lokasi yang mengagumkan dan kepelbagaian budaya yang beraneka serta lebih mesra dikenali sebagai ‘Pengantin Laut Merah’. Destinasi meriah ini kini memperluaskan daya tarikan antarabangsanya kepada khalayak yang lebih luas melalui Jeddah Season, program acara menarik yang meraikan yang terbaik dalam muzik, seni dan budaya.

Musim lautan dan budaya

Kite-Surfing-Competition

Bermula dari 8 Jun hingga 18 Julai 2019, Jeddah Season ialah salah satu program bermusim unik yang berlangsung di seluruh negara pada tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatif ‘Saudi Seasons (Musim-musim Saudi)’, siri acara sepanjang tahun yang bertujuan untuk meletakkan Kerajaan Arab Saudi dengan kukuh di tengah-tengah peta pelancongan global. Diinspirasikan oleh reputasi bandar ini sebagai destinasi utama untuk aktiviti-aktiviti berasaskan air dan sejarahnya sebagai hab berbilang budaya untuk pengembara antarabangsa, festival ini diadakan di bawah tema ‘Lautan dan Budaya’. Pelancong mahupun penduduk berpeluang untuk menikmati pelbagai pengalaman yang menarik bermula dengan konsert secara langsung, persembahan teater dan pameran seni hinggalah kepada komediri serta acara-acara sukan utama.

Lebih 150 acara diadakan merentas lima destinasi utama dalam bandar; Obhor, yang membolehkan pengunjung menikmati sukan air, pantai awam dan kegiatan pantai yang lain; Jeddah Bersejarah, pusat lama tercinta bandar ini dan tapak Warisan Dunia UNESCO yang merangkumkan suasana beraneka dan asli Jeddah klasik; AlJohara, hab antarabangsa terkini untuk sukan; Jeddah Waterfront, yang merupakan pusat kepada taman, restoran dan aktiviti air; dan AlHamra, terkenal dengan tebing yang indah dipenuhi dengan butik, pusat membeli belah, restoran dan Jeddah Fountain – yang tertinggi seumpamanya di dunia.

Hiburan bertaraf dunia dengan tarikan sejagat

Obhur Fountain

Peminat-peminat sukan boleh menantikan perlawanan bola keranjang dan bola tampar pantai, berserta acara tinju yang menampilkan juara tinju profesional dunia Amir Khan. Sementara itu, ‘Le Teatro Circus’ membawakan gabungan menarik antara sarkas akrobatik, teater barat dan persembahan muzik secara langsung ke Arab Saudi buat julung kalinya. Tempat-tempat tarikan tambahan termasuk tayangan pawagam kawasan terbuka, pertunjukan Perarakan Kereta harian dan ‘Festival XJED’ di Jeddah Waterfront, yang menampilkan pesta meriah dengan restoran sementara, hiburan dan aktiviti.

Barisan penghibur pada musim ini termasuk pelbagai artis antarabangsa termasuk kumpulan Amerika yang ikonik, Backstreet Boys, bintang K-pop Super Junior dan DJ EDM seperti Martin Garrix, Afrojack dan Marshmello. Kaliber artis-artis antarabangsa yang terlibat memperlihatkan dorongan Kerajaan Arab Saudi untuk menawarkan hiburan bertaraf dunia kepada pengunjung, sekaligus turut memenuhi harapan yang semakin meningkat daripada khalayak tempatan.

Mengekalkan keseimbangan budaya

Meskipun sifatnya yang membawa perubahan besar, Jeddah Season adalah lebih daripada sekadar tarikan bertemakan global; festival ini turut menekankan budaya dan tradisi unik Kerajaan Arab Saudi melalui acara-acara seperti perarakan persembahan cerita rakyat Saudi setiap hari dan persembahan daripada artis-artis tempatan. Pendampingan unsur tradisional dan moden ini menggambarkan sejauh mana Arab Saudi berjaya mengurus pengenalan kepada hiburan global, dan dalam masa yang sama meraikan warisan kebanggaannya. 

Undangan kepada dunia

Dalam langkah untuk mengukuhkan lagi tarikan Arab Saudi kepada pengunjung antarabangsa, perubahan terkini kepada keperluan visa menjadikannya lebih senang dan lebih mudah untuk pelancong menerokai daya tarikan Kerajaan Arab Saudi berbanding sebelum ini. Pengunjung yang menjelajah ke Arab Saudi untuk Jeddah Season 2019 kini boleh mendapatkan visa pelancong mereka secara terus melalui laman sesawang e-visa Sharek (sharek.sa), yang membolehkan pengunjung memproses e-visa mereka hanya dalam masa tiga minit atau kurang. Prosedur yang pantas dan ringkas ini merupakan simbolik kepada pendekatan yang lebih terbuka yang bersedia untuk menarik bilangan pengunjung yang mencatat rekod ke Kerajaan Arab Saudi.

Dengan menumpu pada kemajuan perjalanan dan pelancongan di samping mengekalkan warisan dan tradisi berbezanya, Arab Saudi membuka peluang menarik untuk pertukaran kebudayaan yang meriah dan pembangunan ekonomi yang dipercepatkan. Inisiatif-inisiatif seperti Musim Jeddah menunjukkan kepada dunia bahawa tetamu-tetamu dari seluruh pelosok dunia dialu-alukan dan menandakan permulaan era baharu untuk Kerajaan Arab Saudi, tatkala ia menumpu pada masa depan dengan yakin dan merancang laluan menuju kemakmuran yang berkekalan.  

#JeddahSeason

www.Jeddah.sa

@jed_season  

Sumber: Jeddah Season

Komen

komen





Source link