Artikel Terkini

Jeff Bezos Hilang $7 Bilion Dalam Satu Malam, Dan 11 Fakta Menarik Mengenai Kekayaannya


Jeff Bezos merupakan lelaki pertama di dunia yang mencapai tahap kekayaan yang bernilai $100 bilion. Sumber  kekayaan yang dimiliki olehnya adalah melalui harga saham Syarikat Amazon yang semakin mendapat tempat para pelabur pada masa kini.

Jumlah saham yang dimiliki oleh Bezos di dalam Amazon adalah sebnayak 57,610,359 unit saham Amazon yang menjadikan nilai kekayaan yang dimilikinya adalah sebanyak $10 billion.

Pada bulan lepas, Jeff Bezos telah kehilangan hampir $7 bilion setelah harga saham Amazon ditutup pada paras yang rendah akibat kekecewaan para pelabur dengan laporan kewangan yang dikeluarkan oleh Syarikat Amazon.

Walaupun Jeff Bezos kehilangan sebanyak $7 bilion, beliau masih mampu merampas kembali takhta yang dipegang oleh Bill Gates dalam masa tidak sampai sebulan. Dengan kekayaan yang dimiliki beliau, jom kita lihat fakta menarik mengenai kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos.

1. Gaji tahunan Jeff Bezos adalah lebih rendah daripada gaji ahli senat yang merupakan ahli politik di Amerika Syarikat. Beliau hanya mendapat gaji sebanyak $81,840 berbanding dengan ahli senat di Amerika Syarikat yang rata-ratanya sebanyak $174,000 setiap tahun.

2. Jeff Bezos membuat duit sebanyak $2,489 setiap saat. Jumlah tersebut merupakan dua kali ganda yang diperolehi oleh kebanyakan pekerja di Amerika Syarikat dalam masa satu minggu.

Purata pendapatan tahunan bagi pekerja di Amerika Syarikat adalah $47,000.

3. Selepas bercerai dengan isterinya yang dikahwininya selama 25 tahun lalu, beliau telah memberi sebanyak 4%  dari jumlah pegangan saham kepada isterinya. Walaupun demikian, Jess Bezos masih mengekalkan status manusia terkaya di dunia, manakala bekas isterinya itu  menjadi wanita keempat terkaya di dunia dengan nilai sebanyak $38 billion.

Untuk bacaan lanjut mengenai penceraian Jeff Bezos dan isterinya itu,sila klik di sini

Rajah di atas adalah data yang diambil pada tahun 2011

4. Dengan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos iaitu sebanyak $110 bilion, beliau memiliki hampir 30% daripada rizab kewangan yang terdapat pada universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.

Universiti Harvard mempunyai rizab kewangan terbesar iaitu sebanyak $38.3 bilion, diikuti oleh Universiti Texas sebanyak $30.9 bilion dan Universiti Yale, sebanyak $29.4 bilion.

5. Jika Jeff Bezos membelanjakan $1.1 juta, ia adalah  sama seperti $1 yang dibelanja oleh kebanyakan penduduk Amerika Syarikat

6. Kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos melebihi kaum kerabat Diraja Britain sebanyak 20%, yang mana dipercayai kaum Kerabat ini mempunyai  kekayaan sebanyak $88 bilion pada tahun 2018.

7. Kekayaan yang dimiliki oleh Jeff Bezos adalah bersamaan dengan pengeluaran negara kasar bagi Negara Slovakia

8. Kekayaan Jeff Bezos melebihi keluaran negara kasar untuk Negara Iceland, Afghanistan, dan Costa Rica jika digabungkan ketiga-tiga negara tersebut.

9. Mengikut statitik yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan Social Security Administration, purata pemegang ijazah di Amerika Syarikat akan mendapat gaji sebanyak $2.2 juta sepanjang hidup mereka dan Jeff Bezos memerlukan masa 15 minit sahaja untuk menjana pendapatan sedemikian.

10. Jika cukai pendapatan dikenakan kepada beliau 40 tahun yang lalu, Jeff Bezos masih lagi orang yang terkaya di Amerika Syarikat dan kedua di dunia.

11. Jeff Bezos merupakan bilionaire yang paling banyak kehilangan duit pada tahun ini  di kalangan para billionaire dunia akibat perceraian dengan bekas isterinya tetapi masih lagi merupakan lelaki yang paling kaya didalam dunia

Nota Kaki: Ketika artikel ini ditulis,kekayaan Jeff Bezos
adalah sekitar $110 billion

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.my/how-rich-is-jeff-bezos-mind-blowing-facts-net-worth-2019-4/

Komen

komen





Source link