Uncategorized

Jom Kenali 6 Kategori Saham Yang Ada


Dalam apa jua instrumen pelaburan, kita tidak perlu mengalahkan pasaran untuk sentiasa berada di pihak yang menang. Ini kerana pasaran saham disertai dengan risiko, namun amat penting untuk kita seimbangkan di antara risiko yang sanggup ditanggung dan jangkaan keuntungan.

Lebih kecil risiko kita berbanding ganjaran, lebih tinggi peluang untuk kita jana keuntungan. Ianya juga dikenali sebagai risk to reward ratio, atau nisbah risiko berbanding ganjaran.

Jom kita tengok 6 kategori saham yang ada, yang boleh kita jadikan sebagai panduan pelaburan:

1. Growth Stock (Saham Pertumbuhan)

Mempunyai unjuran pertumbuhan yang sangat pantas, iaitu melebihi pertumbuhan ekonomi dalam sesebuah negara atau kenaikan saham yang lebih pantas berbanding dengan pesaing di dalam sektor yang sama atau atau berlainan industri.

Pelabur membeli saham-saham ini disebabkan rekod earnings growth atau pertumbuhan pendapatan, dan jangkaan bahawa prestasi syarikat akan terus berkembang maju.

2. Income Stock (Saham Pendapatan)

Syarikat membayar sebahagian besar daripada keuntungan mereka (iaitu 50% ke 80%) setiap tiga bulan (quarterly) ke dalam dividen berbanding saham yang lain. Secara amnya, saham dalam kategori ini adalah lebih matang dan sudah lama dalam industri.

Syarikat mengunjurkan pertumbuhan yang lebih perlahan, namun membayar dividen dengan kadar yang tinggi. Income stock kurang berisiko walaupun terdapat kejatuhan, kerana syarikat meneruskan pembayaran dividen dan pelabur setia untuk terus kekal melabur ke dalam saham mereka.

3. Cyclical Stock (Saham Kitaran)

Bermaksud sesebuah saham yang mampu naik dan turun seiring dengan perkembangan positif ekonomi sesebuah negara, dan juga berkait rapat dengan kitaran perniagaan. Pengeluar kereta adalah contoh utama kepada Cyclical Stock.

Industri lain yang sangat sensitif terhadap ekonomi negara dan juga kitaran perniagaan adalah termasuk dalam kategori ini, contohnya syarikat pengeluaran kapal terbang, syarikat penerbangan, pengeluaran keluli, bahan kimia, perniagaan yang bergantung kepada bahan binaan rumah dan sebagainya.

Ekonomi naik, harga saham naik; ekonomi jatuh, harga saham turut jatuh.

4. Defensive Stock (Saham Defensif)

Secara teorinya, Defensive Stock bermaksud saham yang kalis kepada naik turunnya pasaran saham, mahu pun ekonomi atau kitaran perniagaan. Tidak kira sama ada kemelesetan ekonomi atau ekonomi berkembang dengan baik, Defensive Stock akan dapat bertahan dan naik perlahan-lahan.

Contohnya syarikat berkaitan makanan, ubat-ubatan, tembakau dan sebagainya.

5. Value Stock (Saham Nilai)

Secara ringkas dan mudah, Value Stock adalah saham-saham yang berada di paras diskaun atau terendah berbanding nilai yang sepatutnya. Berdasarkan pendapatan dan keuntungan syarikat, harga saham syarikat sepatutnya berada di paras tinggi, namun harganya belum lagi mencapat paras tersebut.

Dalam erti kata lain, harga saham sepatutnya RM3 seunit, tetapi sekarang harga saham baru RM1 unit. Potensi untuk naik ke RM3 memang ada, tetapi lama atau sekejap akan ditentukan oleh para pelabur.

6. Speculative Stock (Saham Spekulatif)

Contoh terbaik Speculative Stock adalah sewaktu fenomena dot.com bubble berlaku. Terlalu banyak volatility dalam pergerakan harga saham. Kebiasaannya saham ini menjadi sasaran para spekulator, mengakibatkan kenaikan yang besar dan juga penurunan yang besar.

Saham seperti ini biasanya hanya memberi pulangan dalam jangka masa pendek dan terdapat risiko tinggi yang terpaksa ditanggung oleh para pelabur yang melabur dalam mana-mana saham ini.

Sekarang dah tahu kategori-kategori saham yang berbeza, anda suka yang mana?

Komen

komen





Source link