Uncategorized

Kadar Asas, BLR dan Kadar Pinjaman Efektif Indikatif Institusi Kewangan setakat 14 Jun 2019


Umum tahu pada awal bulan Mei yang lalu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) Turun 25 Mata Asas Kepada 3% Untuk Galakkan Rakyat Berbelanja yang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk merancakkan ekonomi. Bila instalment bulanan rumah lebih murah, kita ada duit lebih untuk belanja, sekaligus memberikan rangsangan ekonomi negara.

Jom kita tengok siapa yang mempunyai kadar terbaik.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Institusi Kewangan Konvensional

1. Kadar Asas Terendah
Public Bank dan Standard Chartered – 3.52%

2. Kadar Pinjaman Asas Terendah
Bank of China (Malaysia Berhad) – 6.60%

3. Kadar Pinjaman Efektif Indikatif Terendah
Maybank dan Public Bank – 4.35%

Institusi Kewangan Islamik

1. Kadar Asas Terendah
Maybank Islamic – 3.00%

2. Kadar Pembiayaan Asas Terendah
Maybank Islamic – 6.65%

3. Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif Terendah
Maybank Islamic dan Public Islamic – 4.35%

Institusi Kewangan Pembangunan

1. Kadar Asas Terendah
Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) – 3.60%

2. Kadar Pembiayaan Asas Terendah
Bank Simpanan Nasional – 6.75%

3. Kadar Pinjaman Efektif Indikatif Terendah
Bank Simpanan Nasional – 4.45%

Boleh Shopping Dengan Kadar Terendah

Sekarang dah tahu institusi kewangan mana yang menawarkan kadar yang terendah, boleh mula shopping rumah lepas ni. Ini bagi memastikan kita dapat tawaran yang terbaik, maklumlah tempoh pembiayaan rumah biasanya 30 ke 35 tahun. Sudah pasti kita nak kadar yang terbaik, agar dapat berjimat.

Komen

komen





Source link