Artikel Terkini

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2020 Untuk Setiap Negeri Di Malaysia


Alhamdulillah, kesedaran untuk mengeluarkan zakat semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Dalam Islam, kita diwajibkan berzakat yang merupakan rukun Islam yang keempat.

Setiap negeri di Malaysia ada institusi yang menguruskan kutipan dan pengagihan zakat. Di Kuala Lumpur, kita ada Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (PPZ), manakala di Selangor, kita ada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Zakat fitrah pula kita bayar pada bulan Ramadhan setiap tahun. Jom kita tengok kadar zakat fitrah bagi tahun 2020 untuk setiap negeri di Malaysia:

Kredit Gambar: MYSumber

Kadar Zakat Fitrah Perlis Bagi Tahun 2020: RM7.00

Kadar Zakat Fitrah Kedah Bagi Tahun 2020: RM5.00 / RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Kadar Zakat Fitrah Pulau Pinang Bagi Tahun 2020: RM7.00 / RM16.00

Kadar Zakat Fitrah Perak Bagi Tahun 2020: RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Kadar Zakat Fitrah Selangor Bagi Tahun 2020: RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sembilan Bagi Tahun 2020: RM7.00

Kadar Zakat Fitrah Melaka Bagi Tahun 2020: RM7.00 / RM14.00

Kadar Zakat Fitrah Johor Bagi Tahun 2020: RM7.00 / RM10.00

Kadar Zakat Fitrah Pahang Bagi Tahun 2020: RM7.00

Kadar Zakat Fitrah Terengganu Bagi Tahun 2020: RM7.00

Kadar Zakat Fitrah Kelantan Bagi Tahun 2020: RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Kadar Zakat Fitrah Sarawak Bagi Tahun 2020: RM7.00

Kadar Zakat Fitrah Sabah Bagi Tahun 2020: RM6.00 / RM7.50

Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Bagi Tahun 2020: RM5.00 / RM7.00

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Kenapa Ada Lebih Daripada Satu Kadar Zakat Bagi Sesetengah Negeri?

Kadar zakat fitrah adalah berbeza mengikut harga beras yang dimakan oleh individu dan keluarga. Kalau beras Super Special Tempatan menjadi makanan ruji kita sekeluarga, maka RM7.00 adalah zakat fitrah untuk setiap ahli keluaga.

Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk di bawah:

Sumber: Zakat Selangor

Baca juga:



Source link