Artikel Terkini

Kaedah Berbelanja 0.1% Boleh Jadi Penyelamat Rumah Tangga


Banyak pasangan yang mengatakan punca utama konflik hubungan mereka selalunya melibatkan wang. Cuba bayangkan, banyak lagi hal lain yang boleh menyebabkan konflik seperti tugas harian, cara mendidik anak, kebersihan diri atau pembahagian tugas di rumah.

Namun, masalah kewangan tetap menduduki tangga pertama sebagai punca konflik sepasang suami isteri.

Bagaimana Kaedah Berbelanja 0.1% Boleh Membantu Anda?

Melalui kaedah ini, kita perlu mendapat ‘kelulusan’ daripada pasangan apabila ingin berbelanja melebihi 0.1% daripada nilai pendapatan bersih tahunan kita. Perbelanjaan di sini bermaksud belanja untuk diri sendiri seperti hobi, membeli pakaian mahal, telefon dan sebagainya.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai nilai pendapatan bersih sebanyak RM100,000, kita tidak perlu mendapat ‘kelulusan’ daripada pasangan apabila hendak berbelanja di bawah RM100. Apa-apa di atas harga RM100, kita kena bagitahu pasangan terlebih dahulu.

Kelebihan cara ini adalah, kita hanya boleh berbelanja lebih jika anda mempunyai pendapatan yang lebih. Kita akan merasakan kepuasan berbelanja lebih apabila pendapatan kita meningkat atau mempunyai duit lebih.

Selain daripada itu, kaedah berbelanja ini akan memberi motivasi kepada kita untuk meraih pendapatan yang lebih banyak. Semakin tinggi pendapatan kita, semakin tinggi peluang kita untuk berbelanja tanpa ‘kelulusan’ pasangan.

Dan yang paling penting, berbelanja dengan kaedah ini cuma menggunakan wang yang sedikit sahaja tanpa mengganggu keperluan kita yang lain.

Contoh Pelaksanaan

Jom kita lihat dengan lebih mendalam bagaimana cara pelaksanaan kaedah ini.

Menggunakan contoh yang sama, katakanlah kita dan pasangan mempunyai nilai pendapatan bersih sebanyak RM100,000; 50% adalah dalam bentuk tunai dan 50% adalah dalam bentuk pelaburan.

Setiap seorang boleh membelanjakan RM1,200 setahun, atau RM2,400 setahun untuk kita dan pasangan. Walaupun jumlah ini adalah 2.4% daripada pendapatan bersih bersama, tetapi jangan lupa bahawa wang kita akan setiasa bertambah.

Ini kerana wang tunai akan bertambah dengan faedah daripada akaun simpanan dan kita juga akan mendapat pulangan daripada pelaburan.

Pastikan Cashflow Positif Terlebih Dahulu

Kesimpulannya, kaedah berbelanja ini cuma boleh dibuat jika kita mempunyai nilai pendapatan bersih positif. Walaupun kita hanya mempunyai RM10,000 dan memerlukan ‘kelulusan’ pasangan anda untuk berbelanja melebihi RM10, cara ini akan membantu kita untuk mengurangkan risiko pendapatan.

Bukannya bermaksud kita tidak boleh berbelanja melebihi RM10, tetapi kita harus memastikan pasangan kita tahu dan membenarkan kita untuk berbelanja lebih!

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://www.marginofsaving.com



Source link