Artikel Terkini

Kaitan Teknologi Dengan Orang Terkaya Dunia


Jika dilihat kepada senarai terkini orang terkaya dunia, ramai juga
yang lahir daripada industri berkaitan teknologi dan IT.

Siapa yang tak
kenal Jeff Bezos dengan Amazon, Bill Gates dan Steve Ballmer dengan Microsoft,
Larry Ellison dengan Oracle, Mark Zuckerberg dengan Facebook, Larry Page dan
Sergey Brin dengan Google, Ma Huateng dengan Tencent (WeChat). Daripada
e-commerce ke perisian, ke media sosial, ke carian Internet dan sebagainya,
orang IT yang hebat-hebat pastinya dapat mengaut keuntungan yang besar.

Ini baru senarai
Top 20 terkaya dunia pun dah ramai, kalau diikutkan ramai lagi. Bagaimana pula
dengan Apple, Samsung, Intel, IBM, Cisco, SAP dan banyak lagi? Begitu juga
dengan nama-nama besar lain seperti Uber, Grab, Gojek, Alibaba dan banyak lagi.

Nak senaraikan pun
terlalu banyak, jadi apakah persamaan di antara syarikat-syarikat gergasi
dunia?

Guna Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) dan Big Data (Data Raya)

Kecerdasan Buatan (AI) mengikut Wikipedia bermaksud:

“Kecerdasan buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence, lebih dikenali sebagai AI) atau merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia.”

Data Raya (Big Data) menerusi MAMPU pula bermaksud:

“Data Raya (Big Data) merupakan satu ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan mobile dan data internet. Pelbagai jenis data berstruktur dan tidak berstruktur daripada media sosial seperti blog, facebook, twitter telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagai, tidak terbatas dan bernilai (volume, variety, velocity, value) sehingga kepada terabytes dan pentabyte data.”

Ya, sudah tiba
masanya untuk kita gunakan sepenuhnya teknologi yang ada. Dengan teknologi AI
dan Big Data yang semakin meluas, kita dah boleh tahu macam-macam maklumat.
Syarikat dah boleh tahu minat pelanggan, corak pembelian pelanggan dan
sebagainya. Maka iklan yang sesuai boleh ditunjukkan kepada pelanggan untuk
mempengaruhi.

Pembelajaran Mesin
(Machine Learning)

Untuk itu berlaku,
kita akan programkan komputer atau mesin untuk membolehkan mereka belajar sama
seperti manusia. Dapat menyelesaikan sama seperti manusia. Malah bukan sama
saja seperti manusia, tetapi lebih lagi.

Lebih banyak input yang diperolehi, lebih baik output yang dihasilkan.

Di Malaysia Kita Ada JOS (dulu dikenali sebagai Jardine OneSolution)

JOS Malaysia merupakan penyepadu sistem (system integrator), penyedia penyelesaian (solutions provider) dan perundingan teknologi (consultancy technology) dengan lebih daripada 60 tahun pengalaman di Asia dan 20 tahun pengalaman di Malaysia. Mereka telah bekerjasama dengan lebih 10,000 pelanggan daripada pelbagai industri seperti Perkhidmatan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Hospitaliti, Pembuatan, Sektor Awam, Peruncitan, Pusat Membeli-Belah dan Perusahaan Kecil Sederhana.

Dengan pejabat di China, Hong Kong, Macau, Malaysia dan Singapura, JOS berazam untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan kerajaan di rantau Asia. Kalau nak tahu, JOS merupakan sebahagian daripada Kumpulan JTH (Jardine Matheson Group) yang merupakan syarikat Fortune 500, iaitu 500 syarikat terbesar dunia.

This image has an empty alt attribute; its file name is Kaitan-Teknologi-Dengan-Orang-Terkaya-Dunia2-700x525.jpeg

Baru-baru ini pihak
Majalah Labur berpeluang untuk menemuramah Encik Steven Soo, Pengarah Urusan
JOS Malaysia bagi mendapatkan perkembangan AI dan Big Data di Malaysia. Beliau
turut berkongsi bagaimana industri kewangan dan pelaburan sepatutnya sudah
menggunakan teknologi bagi mengembangkan lagi industri kewangan, daripada
tradisional kepada masa depan.

Sepatutnya sudah
ada aplikasi yang boleh mengumpul data seperti umur, pendapatan, perbelanjaan,
aset, liabiliti dan sebagainya; dan seterusnya mencadangkan pelaburan yang
sesuai, pecahan perbelanjaan yang dicadangkan, tips-tips yang bersesuaian dan
banyak lagi.

Menurut beliau,
Malaysia ketinggalan 10 tahun ke belakang berbanding negara-negara maju yang
lain dalam menggunakan teknologi untuk kemudahan semua pihak. Ini kerana tahap
kesedaran kita masih lemah dan mungkin kita tidak nampak kepentingannya buat
masa sekarang.

Steven berkata
cabaran yang dihadapi Malaysia adalah seperti berikut:

  • Tiada objektif jelas dan ilmu
    untuk mengendali data, ditambah dengan kekurangan bakat adalah punca sesetengah
    syarikat tidak dapat berinovasi
  • Seringkali terjadi konflik di
    antara data yang disimpan rapi berbanding data yang diurus rapi. Data dianggap
    penting dalam membuat keputusan yang lebih baik, menyelesaikan masalah, menilai
    prestasi, memperbaiki proses dan memahami pelanggan, namun data disimpan dengan
    sendirinya tanpa titik sentuh berpusat.

Menurut Steven,
“Syarikat perlu mempunyai objektif jangka pendek dan jangka panjang bagi
mencapai hasil yang ketara. Kuncinya adalah untuk menempuh cabaran semasa,
merancang untuk keperluan akan datang dan menuju ke objektif yang telah
ditetapkan.”

Kalau nak tahu, JOS
Malaysia bertuah kerana berjaya menggunakan ilmu pengetahuan di peringkat
tempatan dan global bagi menyokong pelanggan dalam mengintegrasi sistem mereka,
dengan menawarkan penyelesaian terkini bagi mengatasi cabaran perniagaan hari
ini.

Silalah berhubung dengan pasukan Steven dengan menghantar emel ke my-enquiry@jos.com, sekiranya syarikat anda sedang mencari jalan untuk mengintegrasi serta menggunapakai Automasi, Big Data, IoT, AI, Pengkomputeran Awam dan Sekuriti Perusahaan bagi memacu tren terkini di dalam Tempat Kerja Mudah Alih dan Aplikasi Mudah Alih.

Komen

komen





Source link